Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Portal baru senaraikan peluang kerja, latihan bagi tukang paip berlesen SG

Anggaran Waktu Membaca:
Portal baru senaraikan peluang kerja, latihan bagi tukang paip berlesen SG

Gambar fail air paip. (Gambar: AFP/Philippe Huguen)

SINGAPURA: Syarikat-syarikat yang perlu khidmat tukang paip kini boleh melungsuri satu platform online yang dilancarkan pada Jumaat (26 Mei), hasil kerjasama Persatuan Khidmat Tukang Paip Singapura (SPS) dengan agensi air negara PUB dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Portal tersebut membolehkan tukang paip berlesen menyenaraikan khidmat yang mereka tawarkan dan menghubungkan mereka dengan peluang pekerjaan.

Ia merupakan satu lagi langkah dalam menjadikan sektor itu lebih bernilai tinggi selain meningkatkan lagi mutu industri tersebut.

Portal SPS itu berfungsi sebagai ruang khusus bagi tukang paip dan pihak berpentingan menyenaraikan pekerjaan serta kursus latihan, sekali gus menjadikannya satu laman sehenti bagi tukang paip tempatan.

Sekitar 1,000 tukang paip berlesen dijangka menyertai wadah online itu pada tahun pertama ia dilancarkan.

Agensi-agensi yang terlibat mengatakan langkah tersebut akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan piawaian industri.

Jika mendapat sambutan yang menggalakkan, kesatuan lain juga akan ikut serta.

"Platform digital ini menandakan perubahan baru dalam cara kita melihat beberapa perkhidmatan tradisional penting di negara ini. Dan saya percaya dengan ini dan kejayaan platform digital sedemikian, akan membolehkan orang ramai lebih memahami sektor ini dan mengakses jenis-jenis perkhidmatan berlesen yang ditawarkan industri ini sendiri, " kata Cik Yeo Wang Ling, Pengarah U SME NTUC.

Cik Yeo, yang juga merupakan Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol berkata usaha tersebut juga dapat menarik bakat muda dalam industri ini.

Beberapa tukang paip yang ditemui mengalu-alukan wadah sehenti itu sebagai memudahkan lagi pelanggan mencari dan mendapatkan khidmat pemasangan paip berlesen.

Setakat ini, sekitar 80 peratus kerja-kerja pemasangan paip yang lebih kecil bagi projek kediaman diberikan kepada tukang paip tidak berlesen yang belum mendapatkan kelulusan Lembaga Perbekalan Awam (PUB) dan menerima tawaran kerja menerusi rujukan.

Pemain industri percaya platform tersebut hanya akan meraih manfaatnya jika pelanggan sedia untuk menggunakannya.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan