Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Portal baru dilancar didik tentang terapi insulin

Mempelajari cara menguruskan penyakit kencing manis dengan insulin menjadi lebih mudah dengan satu platform online baru iaitu getinsulinright.sg.

Anggaran Waktu Membaca:
Portal baru dilancar didik tentang terapi insulin

(Gambar: Sumber web)

Diterbitkan : 20 Nov 2021 05:00PM Dikemas Kini : 20 Nov 2021 05:04PM

SINGAPURA: Mempelajari cara menguruskan penyakit kencing manis dengan insulin menjadi lebih mudah dengan satu platform online baru iaitu getinsulinright.sg.

Laman e-pembelajaran itu adalah yang pertama seumpamanya di Singapura.

Secara keseluruhan, ada lapan modul diperkenalkan secara bertahap dari sekarang hingga awal tahun depan termasuk cara perlu dilakukan apabila kadar gula jatuh rendah.

Portal percuma itu dilancarkan di satu acara pemeriksaan kesihatan masyarakat hari ini (20 Nov) bagi rakyat Singapura dan Penduduk Tetap berusia 40 tahun dan ke atas.

Diabetes Singapore menyatakan penting untuk mengesan penyakit kencing manis seawal mungkin dan ramai lagi yang kurang sedar akan komplikasinya.

Sekitar 19,000 orang didiagnos dengan penyakit kencing manis di Singapura setiap tahun.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan