Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Portal baru bantu permudahkan huraian pertikaian antara pekerja dan majikan

Sebuah portal baru diperkenalkan bagi membolehkan para pekerja dan majikan menyelesaikan pertikaian dengan lebih mudah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jul 2021 08:46PM Dikemas Kini : 09 Jul 2021 09:06PM

SINGAPURA: Sebuah portal baru diperkenalkan bagi membolehkan para pekerja dan majikan menyelesaikan pertikaian dengan lebih mudah.

Perikatan Tiga Pihak bagi Penyelesaian Pertikaian (TADM) berharap lebih ramai boleh meleraikan masalah sendiri daripada bergantung kepada proses pengantaraan rasmi.

Wadah itu juga boleh menjimatkan masa sehingga dua minggu berbanding proses pengantaraan biasa.

Sistem Kecerdasan Buatan (AI) juga boleh membantu para pengguna mengambil keputusan lebih bijak pada masa depan.

Para pekerja dan majikan perlu memuat naik dokumen ke portal itu sebelum dibimbing untuk menjalani e-rundingan atau "e-negotiation".

Sistem ini akan menyemak dokumen-dokumen itu sebelum mencadangkan penyelesaiannya.

Jika diterima, proses pengantaraan akan selesai tanpa perlu dilanjutkan ke peringkat seterusnya.

Jika tidak, Perikatan Tiga Pihak bagi Penyelesaian Pertikaian akan membantu untuk menjalankan e-pengantaraan atau "e-mediation".

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan