Portal baharu dilancar bagi pekerja gaji rendah periksa sama ada dibayar gaji dengan betul
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pekerja bergaji rendah kini boleh menggunakan satu portal online baharu untuk memeriksa sama ada mereka dibayar gaji yang betul di bawah Model Gaji Progresif (PWM).
Portal baharu itu dilancarkan sempena ulang tahun ke-10 PWM, yang meliputi sektor seperti pembersihan, dan memadankan kenaikan gaji dengan peningkatan kemahiran.
"Portal ini akan membantu pekerja memahami lebih baik lagi tentang Model Gaji Progresif mereka. Mereka juga dapat melihat tahap pekerjaan PWM yang ditetapkan majikan mereka, dan sama ada gaji mereka memenuhi keperluan PWM," kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad.
"Jadi pekerja ini boleh mendaftar masuk menggunakan akaun Singpass. Saya mahu menggalakkan pekerja untuk mencubanya.
Portal tersebut juga membantu memastikan syarikat yang mengambil pekerja asing membayar pekerja tempatan gaji sekurang-kurangnya S$1,400, mengikut peraturan gaji kelayakan tempatan.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan, pekerja boleh memeriksa sama ada mereka dibayar gaji sepatutnya.
Ia juga boleh menghantar peringatan apabila kenaikan gaji tahunan dikuatkuasakan.
Selain itu, MOM menggesa mereka yang mendapati dibayar gaji yang kurang, agar memberitahu majikan mereka, dan menghubungi kementerian itu jika memerlukan lebih banyak bantuan.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.