Skip to main content

Singapura

Pope Francis gulung lawatan 12 hari ke Asia Pasifik

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pope Francis dijangka akan menggulung lawatannya ke Singapura hari ini (13 Sept), sekali gus menamatkan lawatannya selama 12 hari ke Asia Pasifik.

Sebelum pulang ke Vatican, Pope Francis mengadakan dialog silang agama bersama dengan 600 remaja dan belia di Maktab Rendah Katolik (CJC).

Pagi tadi, beliau mengunjungi Rumah Jagaan Saint Theresa di mana beliau bertemu lebih 100 warga emas dan kakitangan yang menjaga mereka.

Ini merupakan kunjungan terakhir Pope Francis sebelum pulang ke Vatican City.

Acara mengucapkan selamat pulang ke Vatican akan diadakan bagi Pope Francis di Kompleks VIP Lapangan Terbang Changi.

Semalam, Pope Francis telah menyampaikan ceramah di Stadium Negara.

Sekitar 50,000 orang menghadiri acara itu.

Ceramah itu merupakan kali kedua seorang pope menyampaikan ceramah secara besar-besaran di Singapura sejak 1986.
Sumber : CNA/AY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita