Skip to main content

Singapura

Pope Francis dijangka lawat SG pada Sept

Anggaran Waktu Membaca:
Pope Francis dijangka lawat SG pada Sept

Pope Francis. (Gambar: REUTERS/Alessandro Bianchi)

Diterbitkan : 02 Apr 2024 10:50PM
SINGAPURA: Pope Francis dijangka akan melawat Singapura sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Asia akhir tahun ini, menurut penerbitan Katolik, walaupun belum ada pengesahan daripada Gereja Singapura.

Ketua Biskop Paul R Gallagher, Setiausaha Vatican bagi Hubungan dengan Negara-Negara, memberitahu majalah Amerika bahawa lawatan Pope Francis ke Singapura, Indonesia, Timor Leste dan Papua New Guinea akan diadakan pada bulan September.

Vietnam mungkin dimasukkan ke dalam senarai itu, katanya dalam artikel pada 26 Mac oleh majalah tersebut, yang diterbitkan oleh Jesuit di Amerika Syarikat.

Pada Januari, dua penerbitan lain - EWTN Vatican dan Radio Veritas Asia - melaporkan bahawa kemungkinan besar Pope Francis akan ke Singapura pada Ogos.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, Roman Catholic Archdiocese of Singapore menyatakan pada Selasa (2 Apr) bahawa ia tidak mengetahui tentang "laporan yang tidak disahkan" itu, dan ia tidak mempunyai sebarang pengesahan bahawa Pope Francis akan ke Singapura.

Kali terakhir seorang pope melawat Singapura adalah pada 1986, apabila Pope John Paul II melakukan persinggahan selama lima jam di di sini sebagai sebahagian daripada lawatan ke Asia Pasifik yang termasuk Bangladesh, New Zealand dan Australia.

Beribu-ribu penganut Katolik menghadiri upacara keagamaan di Stadium Negara pada 20 November 1986.

Pope Francis, 87 tahun, telah mlakukan lebih 40 lawatan ke luar negara sejak menjadi pope pada 2013.

Lawatan rasmi pertamanya ke Asia adalah pada 2014 ketika beliau melawat Korea Selatan.

Menurut Vatican, beliau akan melawat Belgium pada lewat tahun ini, dan mungkin akan melakukan lawatan ke negara asalnya, Argentina.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita