Pope Francis bakal sampaikan ucapan di SG
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP/Dita Alangkara)
SINGAPURA: Pope Francis akan menyampaikan ucapan negara di Singapura pada 12 September, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa (10 Sep).
Ketua Vatican itu akan melakukan lawatan ke Singapura buat pertama kalinya, dari 11 hingga 13 September.
Lawatannya itu adalah sebahagian daripada kunjungan lebih luas ke rantau ini, termasuk persinggahan di Indonesia, Papua New Guinea dan Timor Leste.
Lawatan selama 12 hari itu adalah perjalanan paling lama di luar negara sepanjang khidmatnya sebagai Pope.
Terdapat sekitar 395,000 penganut Katolik di Singapura. Kali terakhir seorang Pope melawat negara ini adalah pada 1986 oleh Pope John Paul II, lima tahun selepas Singapura menjalin hubungan diplomatik dengan Holy See, iaitu badan tadbir urus Gereja Katolik.
Pope Francis, 87 tahun, akan disambut dalam upacara penuh istiadat di Bangunan Parlimen pada 12 September, dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Tharman Shanmugaratnam, dedah MFA.
Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lawrence Wong.
Orkid kacukan yang baharu juga akan dinamakan sebagai tanda hormat kepada Pope Francis dan akan didedahkan di upacara ketibaannya.
Presiden Tharman dan Pope Francis akan menyampaikan ucapan negara di Pusat Budaya Universiti (UCC) Universiti Nasional Singapura (NUS).
Selepas itu, Pope Francis akan menghadiri satu upacara keagamaan yang akan dihadiri 50,000 orang di Stadium Negara.
Pada 13 September, beliau akan melawat warga emas dan penghuni yang uzur di Rumah Jagaan Saint Theresa. Selepas itu, beliau akan menghadiri perbincangan silang agama di Maktab Rendah Katolik sebelum berlepas dari Singapura untuk ke Rome.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.