Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pope Francis akan lawat rumah jagaan St Theresa, Maktab Rendah Katolik semasa kunjungan ke SG

Anggaran Waktu Membaca:
Pope Francis akan lawat rumah jagaan St Theresa, Maktab Rendah Katolik semasa kunjungan ke SG

(Gambar: AFP/Filippo MONTEFORTE)

SINGAPURA: Pope Francis akan melawat rumah jagaan St Theresa dan berjumpa penuntut Maktab Rendah Katolik semasa lawatannya ke Singapura pada September.

Menurut jadual yang dikeluarkan Vatican, beliau juga akan bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri Lawrence Wong, serta menghadiri upacara keagamaan di Stadium Negara.

Pope Francis akan berada di Singapura dari 11 hingga 13 September, iaitu destinasi terakhirnya dalam lawatan ke Asia Pasifik. Beliau akan melawat Indonesia dari 3 hingga 6 September, Papua New Guinea dari 6 hingga 9 September dan Timor Leste dari 9 hingga 11 September.

Menurut jadual tersebut, beliau akan tiba di Singapura pada 11 September, pukul 2.15 petang, sebelum mengadakan mesyuarat khas bersama anggota Persatuan Jesus di St Francis Xavier Retreat Centre.

Pada keesokan hari, Pope Francis akan disambut di Bangunan Parlimen dan beliau akan bertemu Presiden Tharman dan PM Wong.

Berikutan acara tersebut, Pope Francis dijangka mengadakan mesyuarat bersama "pihak berkuasa, masyarakat awam dan para diplomat" di teater Pusat Budaya Universiti Nasional Singapura (NUS).

Beliau akan mengadakan upacara keagamaan di Stadium Negara pada 12 September, pukul 5.15 petang.

Pada hari ketiga, Pope Francis akan mengadakan lawatan ke rumah jagaan St Theresa dan Maktab Rendah Katolik, sebelum berangkat dari Singapura pada pukul 11.50 pagi.

Kali terakhir seorang pope melawat Singapura adalah pada 1986, apabila John Paul II membuat lawatan selama lima jam, sebagai sebahagian daripada lawatan ke Asia Pasifik, termasuk Bangladesh, New Zealand dan Australia.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan