Skip to main content

Singapura

Pope akan hadiri dialog antara agama di Maktab Rendah Katolik pada 13 Sep

Anggaran Waktu Membaca:
Pope akan hadiri dialog antara agama di Maktab Rendah Katolik pada 13 Sep

Pope Francis di Teater Pusat Budaya Universiti di Singapura pada 12 Sep 2024. (Gambar: Tiziana Fabi/AFP)

SINGAPURA: Pope Francis akan bertemu lebih 600 peserta sempena satu dialog silang agama dalam kalangan belia di sini pada Jumaat (13 Sep).

Beliau juga akan menyumbang kepada sebuah karya seni batik yang dihasilkan para guru dan kakitangan Maktab Rendah Katolik.

Karya tersebut memaparkan komitmen mereka terhadap keharmonian kaum dan agama.

Wakil daripada lebih 50 sekolah dan badan keagamaan akan turut bersama Pope Francis dalam dialog esok (13 Sep).

Ia bertujuan memberi inspirasi kepada belia untuk memainkan peranan aktif dalam membina sebuah masyarakat yang sepadu.

Seorang pelajar Maktab Rendah Katolik, Noor Aaliyah Ford, berkongsi: "Saya rasa, peluang dialog ini akan merangsang perbincangan, bukan sahaja perbualan, tetapi perbicaraan bermakna dalam kalangan rakyat Singapura, antara anak muda di Singapura dan juga di seluruh dunia."

"Singapura adalah model bagi keharmonian pelbagai agama, perpaduan dan keutuhan," tambahnya.

Ketua Jabatan, Pembangunan Pelajar CJC, Lucas D'Cruz, pula menyifatkan kunjungan Pope Francis sebagai "satu detik bersejarah".

"Saya rasa, tema perpaduan bagi mereka yang berbeza agama dan latar belakang, untuk dapat bersatu padu merupakan asas Singapura," ujar beliau.
Sumber : CNA/NY/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita