Politeknik, universiti setempat mula ambil tindakan tegas terhadap vape di kampus
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan. (Gambar: iStock)
SINGAPURA: Mengenakan denda S$300, menggantung pelajar dari sekolah dan bahkan dibuang sekolah, universiti dan politeknik setempat mula mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang didapati menghisap vape di kampus.
Ada yang meningkatkan rondaan keselamatan dan banyak juga yang menawarkan sokongan kepada mereka yang ingin menghentikan tabiat buruk itu.
Langkah-langkah yang diambil oleh institusi-institusi pengajian tinggi (IHL) berlaku di tengah-tengah usaha kebangsaan untuk membanteras penggunaan vape, di mana Perdana Menteri Lawrence Wong turut menyentuh tentang isu tersebut dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad (17 Ogos).
"Sejauh ini, kami menganggap vape seperti tembakau - paling banyak kita akan mengenakan denda. Tetapi itu tidak lagi memadai," katanya.
PENDEKATAN TIDAK BERTOLAK ANSUR
Dalam kalangan institusi-institusi pengajian tinggi setempat, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) kelihatan mengambil pendekatan paling tegas.
Dalam satu kiriman emel dari Pejabat Presiden NTU pada Jumaat (15 Ogos), pihak universiti menyatakan ia mengambil pendekatan tidak bertolak ansur terhadap vape dan Kpod bagi melindungi kesejahteraan masyarakat.
Demi memastikan kampus 100 peratus bebas vape, NTU mungkin akan menjalankan pemeriksaan beg secara rawak, dan pengawal keselamatan akan ditugaskan untuk memeriksa tempat-tempat yang sering digunakan oleh perokok dan mereka yang menghisap vape, serta kawasan yang ditetapkan sebagai tempat merokok bagi memastikan peraturan dipatuhi, menurut emel yang dilihat oleh Mediacorp.
"Mana-mana pelajar atau pekerja yang didapati menghisap vape akan dikenakan tindakan disiplin, termasuk kaunseling wajib dan dalam kes-kes lebih serius, mereka kemungkinan dibuang sekolah atau kerja," menurut NTU, sambil menambah ia juga akan melaporkan para pesalah kepada pihak berkuasa.
Satu makluman yang dimuat naik online menyatakan larangan terhadap penggunaan vape juga tertakluk kepada para pelajar ketika mereka berada di luar kampus, jika mereka mewakili NTU di Singapura seperti semasa menjalani latihan amali atau penempatan kerja.
Pesalah kali pertama boleh didenda S$300 dan diusir dari asrama.
Mereka juga boleh dilarang menginap dalam kampus sepanjang tempoh pengajian mereka dan dihantar untuk mengikuti program kebangsaan untuk henti merokok atau menghisap vape.
"Bergantung kepada tahap serius kes tersebut, pelajar tersebut mungkin dikenakan tindakan dari pihak universiti, yang akan ditentukan oleh Lembaga Disiplin," kata seorang jurucakap NTU dalam jawapan kepada pertanyaan Mediacorp.
'HISAP VAPE SECARA TERANG-TERANGAN' DALAM KAMPUS
Dari Januari 2024 hingga Mac 2025, kira-kira 2,600 pelajar dirujuk kepada HSA oleh pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi kerana menghisap vape.
Beberapa universiti dan politeknik lain juga menyatakan mereka mempunyai saluran pemberi maklumat untuk melaporkan sebarang perbuatan berkaitan vape dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan.
Dasar itu disampaikan melalui poster yang dipaparkan dalam kampus, termasuk dalam tandas dan dewan sukan.
Beberapa sekolah menyatakan mereka memaklumkan kepada pelajar tentang pendirian anti-vape semasa taklimat orientasi, dengan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) memanfaatkan makluman pemerintah bagi "memperkukuh tahap serius" pengambilan dadah dan vape, kata ketua pegawai perhubungan Tammy Tan.
Politeknik Nanyang juga memberi taklimat mengenai garis panduan vape dan kesan akibatkan pada permulaan setiap tahun akademik.
Seorang jurucakap NUS berkata kakitangan dan pelajar "boleh dikenakan tindakan disiplin yang berat" jika mereka didapati menghisap vape, dan akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Para mahasiswa yang tinggal di kampus mungkin digantung atau dilarang daripada sebarang penginapan dalam kampus.
Seorang jurucakap Politeknik Republik berkata sekolah itu meningkatkan usaha, termasuk meningkatkan rondaan oleh pengawal keselamatan dan guru disiplin serta melatih para kakitangan dan pemimpin pelajar bagi memantau bagi sebarang tanda-tanda ketagihan.
Politeknik Temasek menyatakan ia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) dan HSA bagi memperkenalkan alat pengesan vape dalam kampus.
Ia juga maklum mengenai keperluan sokongan dan berkata para ibu bapa dan penjaga akan dimaklumkan sekiranya terdapat pelajar yang ditangkap dengan vape.
Institut Teknologi Singapura (SIT) menyatakan para kaunselornya bersedia untuk menawarkan sokongan emosi dan psikologi kepada para pelajar.
ADAKAH LANGKAH-LANGKAH TERSEBUT BERKESAN?
Dengan lebih banyak tumpuan diberikan terhadap vape, para pelajar yang ditemui Mediacorp berkata jumlah orang yang menghisap vape secara terbuka semakin berkurangan di kampus.
AK, 25 tahun berkata beliau mempunyai dua atau tiga kenalan yang henti menghisap vape - walaupun mereka masih menghisap merokok.
Pemeriksaan beg yang ditingkatkan sebagai sebahagian daripada usaha NTU bagi membendung penggunaan vape adalah "langkah pertama yang baik", katanya.
Namun beliau berkata sesetengah pelajar tetap mencari helah lain untuk menyembunyikan vape mereka.
Sungguhpun begitu, pendidikan mungkin adalah pendekatan lebih berkesan.
"Jika orang mahu (berhenti vape), mereka boleh sahaja membuangnya ke dalam mana-mana tong sampah, bukan?" katanya.
"Saya rasa, yang lebih penting, jika mereka benar-benar mahu menghapuskannya, ia harus bermula sejak dari kecil lagi."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.