Skip to main content

Singapura

Politeknik tempatan lancar pelbagai inisiatif, bangunkan graduan cekap dalam pelbagai bidang

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Jan 2025 08:13PM Dikemas Kini : 09 Jan 2025 10:52PM
  • Para pelajar dari Politeknik Republik akan mempunyai peluang untuk menjalankan eksperimen di salah sebuah syarikat bioperubatan terkemuka.
  • Sebuah transkrip kemahiran baharu yang menonjolkan kemahiran insani pelajar kepada bakal majikan pula diperkenalkan Politeknik Temasek (TP).
  • Mulai April 2026, pelajar Politeknik Ngee Ann (NP) boleh memilih jurusan kedua bermula dari tahun kedua.
  • Bagi memastikan pelajar sentiasa mengikuti perkembangan teknologi industri terkini, Politeknik Nanyang (NYP) pula telah melancarkan sebuah studio media baharu.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Daripada latihan industri yang diperluaskan bersama peneraju industri terkemuka, hingga menawarkan jurusan berganda bagi membangunkan kompetensi dalam pelbagai bidang.

Politeknik tempatan kini giat meneroka pelbagai inisiatif untuk melahirkan graduan yang lebih berdaya saing.

Berikut adalah di antara tawaran terbaharu empat politeknik tempatan di acara Rumah Terbuka pada tahun ini.

PROGRAM BAKAT BAHARU UNTUK PELAJAR BIOFARMASEUTIKAL RP

Para pelajar dari Politeknik Republik akan mempunyai peluang untuk menjalankan eksperimen di salah sebuah syarikat bioperubatan terkemuka.

Ia sebagai sebahagian daripada program bakat baharu di Politeknik Republic yang disokong oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

Pelajar jurusan biofarmaseutikal akan berpeluang mengikuti latihan industri selama sembilan bulan dengan salah satu daripada 16 syarikat bioperubatan terkemuka.

Mereka akan memperoleh kecekapan yang selaras dengan rangka kerja Kemahiran Pengeluaran Biofarmaseutikal di peringkat nasional, sekaligus meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

"Saya rasa peluang ini yang baik untuk mereka meningkatkan kemahiran kemahiran insani (soft skills seperti komunikasi dan kemahiran teknikal mereka ketika berada di makmal penyelidikan.

"Ia juga cara terbaik untuk mereka lebih bersedia bekerja selepas mereka menamatkan pengajian di Politeknik," kata pelajar Politeknik Republik, Tasneem Mujbour.

TP PERKENAL TRANSKRIP KEMAHIRAN BAHARU

Sebuah transkrip kemahiran baharu yang menonjolkan kemahiran insani pelajar kepada bakal majikan pula diperkenalkan Politeknik Temasek (TP).

Transkrip itu merangkumi maklum balas daripada aktiviti luar pelajar, termasuk latihan industri dan kokurikulum.

Ini akan memudahkan pemadanan pekerjaan yang lebih baik antara pelajar dan rakan industri.

"Kami memutuskan untuk memperkenalkan transkrip ini untuk membantu rakan industri kami, majikan, membuat keputusan yang lebih tepat, serta membantu mereka untuk memadankan pekerjaan dengan lebih baik.

"Di samping itu, ia juga bertujuan untuk membantu pelajar kami, kerana ini akan membantu mereka menjadi pelajar yang lebih seimbang dan juga mempamerkan pencapaian yang telah mereka capai serta kemahiran yang mereka peroleh selain daripada apa yang ada dalam subjek akademik mereka," kata Ketua Bersama, Pasukan Projek Inisiatif Transkrip Kemahiran, Leonie Lee.

Pelajar yang ditemui juga mengalu-alukan inisiatif tersebut.

"Pada masa depan, apabila saya memohon pekerjaan, transkrip kemahiran ini berfungsi sebagai jambatan antara seorang calon pekerja yang memiliki kemahiran ini dan bagaimana beliau menggunakannya di tempat kerja. Sebagai contoh, jika saya memiliki empati, bagaimana saya menggunakan empati dalam situasi kehidupan sebenar seperti dalam latihan industri," kata pelajar Politeknik Temasek, Shannon Quek.

NP LANCAR PROGRAM BERGANDA PERNIAGAAN & KEJURUTERAAN

Mulai April 2026, pelajar Politeknik Ngee Ann (NP) boleh memilih jurusan kedua bermula dari tahun kedua.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha politeknik itu untuk melengkapi pelajar dengan kemahiran merentasi pelbagai disiplin.

"Saya fikir ia pasti akan membantu menambah kebolehupayaan mereka yang saya rasa penting. Pada masa yang sama, ia memberi mereka lebih banyak peluang dengan jurusan kedua jika mereka ingin melanjutkan pengajian mereka," kongsi Pengetua Politeknik Ngee Ann, Lim Kok Kiang.


NYP LANCAR STUDIO MEDIA BAHARU

Bagi memastikan pelajar sentiasa mengikuti perkembangan teknologi industri terkini, Politeknik Nanyang (NYP) pula telah melancarkan sebuah studio media baharu.

Studio itu membolehkan pelajar mencipta kandungan maya menggunakan Realiti Terimbuh (AR), Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI), dan Metaverse.

SP TAWAR MINOR BAHARU DALAM BIDANG ROBOTIK

Politeknik Singapura pula memperkenalkan minor baharu dalam bidang robotik.

Ini selaras dengan permintaan tinggi dalam industri semikonduktor, serta bidang robotik dan automasi.
Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita