Politeknik Temasek terapkan AI generatif dalam projek pelajar
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail seorang lelaki melihat kod komputer. (Gambar: Thomas Samson/AFP)
SINGAPURA: Para pelajar sebuah politeknik tempatan mempunyai kelebihan dalam dunia Kecerdasan Buatan (AI).
Mereka sedang melakukan eksperimen dengan AI generatif untuk projek mereka.
Perisian sedemikian boleh menghasilkan kandungan mereka sendiri.
Pelajar Politeknik Temasek berkata bahawa teknologi tersebut membantu mereka menghasilkan idea dan lakaran bagi papan cerita mereka.
Proses tersebut biasanya mengambil masa beberapa bulan, namun kini ia hanya memerlukan beberapa minit sahaja.
Ini bermakna pelajar boleh memberi tumpuan untuk memperbaiki reka bentuk projek akhir mereka.
Pensyarah juga dilatih untuk mengajar kelas-kelas AI dengan lebih berkesan.
Politeknik itu menyatakan AI generatif berguna untuk setiap modul.
Ia boleh digunakan untuk mencipta pakaian fesyen atau konsep kedai.
Teknologi tersebut juga boleh mereka metaverse dalam kursus seni bina.
Meskipun dengan teknologi baharu itu, para pelajar masih perlu bekerja keras.
"AI generatif tidak sepatutnya dijadikan subjek berasingan. Apa kita sedang kita saksikan adalah, AI generatif boleh diserapkan pada setiap proses kreatif," kata Sean Khoo, Penolong Pengarah Jabatan Akademik dan Pengajian Asasi Pusat Pengajian, Reka Bentuk Politeknik Temasek.
"Apa yang penting adalah para pelajar pada akhirnya masih merupakan pemikir yang kreatif serta pereka di sebalik rekaan mereka," tambahnya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.