Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Politeknik Singapura rintis struktur kursus, pelajar luang separuh masa jalani latihan sambil bekerja

Struktur kursus yang pertama seumpamanya membolehkan para penuntut politeknik untuk meluangkan separuh masa mereka di luar darjah bagi menjalani latihan sambil bekerja.

Anggaran Waktu Membaca:
01:48 Min
Struktur kursus yang pertama seumpamanya membolehkan para penuntut politeknik untuk meluangkan separuh masa mereka di luar darjah bagi menjalani latihan sambil bekerja.
Diterbitkan : 29 Dec 2020 08:50PM Dikemas Kini : 29 Dec 2020 09:01PM

SINGAPURA: Struktur kursus yang pertama seumpamanya membolehkan para penuntut politeknik untuk meluangkan separuh masa mereka di luar darjah bagi menjalani latihan sambil bekerja.

Politeknik Singapura (SP) merintis struktur kursus seperti itu sejak Oktober bagi sebilangan pelajarnya.

Lebih ramai pelajar dijangka disertakan tahun depan.

23 pelajar kursus Sains Wangi-Wangian dan Kosmetik sedang melakukan enam projek alam nyata sebagai sebahagian daripada Kurikulum Industri Sekarang atau INC Pathway.

Bagi salah satu projek ini, mereka perlu merancang campuran bahan-bahan dan meneliti peraturan keselamatan serta mempelajari cara-cara mengendalikan peralatan untuk menghasilkan sejenis serum.

Menurut pelajar Goh Jun Yi, mereka hanya mendapat sedikit bimbingan dari guru-guru mereka kerana para pelajar diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk menjayakan projek agar mereka menjadi lebih berdikari.

Mereka mendapat sokongan dari rakan-rakan industri seperti Johnson & Johnson yang melakar projek-projek ini bagi memenuhi syarat-syarat lulus tiga modul.

Apabila INC Pathway diluaskan untuk meliputi semua pelajar kursus wangi-wangian dan kosmetik tahun depan, para penuntut tidak lagi perlu hadir di bilik darjah untuk mengikuti modul-modul teras dalam separuh kedua kurikulum mereka.

Ini bermakna, latihan amali dilanjutkan sehingga setahun, berbanding enam bulan seperti lazimnya.

"Bagi mereka yang menyertai industri, mereka lebih sedar tentang apa yang dijangkakan sebagai seorang lulusan tetapi yang lebih berpengalaman dalam keadaan dunia sebenar. Saya berharap ia memudahkan peralihan kepada industri ini," kata Ketua R&D Kesihatan Pengguna Asia-Pasifik, Adam Ricciardone.

Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti, pihak politeknik menyatakan, syarat-syarat kelayakannya tidak berubah.

Program INC Pathway juga dirintiskan bagi 10 pelajar Teknologi Maklumat pada April lalu.

Ia akan diluaskan kepada 20 penuntut mulai tahun depan, menggantikan enam modul teras dalam tahun 2 dan 3 pengajian. 

Sumber : CNA/ZM/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan