Skip to main content

Singapura

Politeknik Republik lancar inkubator pacu inovasi

Politeknik Republik melancarkan sebuah kemudahan inkubator untuk memacu inovasi.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Aug 2021 07:40PM Dikemas Kini : 25 Aug 2021 09:14PM

SINGAPURA: Politeknik Republik melancarkan sebuah kemudahan inkubator untuk memacu inovasi.

Ini termasuk membantu syarikat-syarikat menghasilkan makanan daripada cengkerik.

Kemudahan itu bertujuan memacu inovasi dengan kerjasama para usahawan dan pihak berkepentingan dari sektor awam dan swasta.

Inisiatif Kerjasama Keusahawanan dan Masyarakat Inovasi atau EPIC itu dilancarkan siang tadi (25 Ogos) oleh Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.

Beliau berkata kerjasama yang terjalin akan membantu syarikat-syarikat pemula berjaya dan menebarkan sayap ke luar negara.

"Kita selalu berfikir global dan melihat bagaimana kita boleh meluaskan perniagaan. Tapi tidak kira sama ada ia kerjasama di peringkat pelajar, kerjasama dengan masyarakat, atau kerjasama melampaui Singapura, semangat kerjasama inilah yang membuahkan hasil," kata Encik Chan. 

Sumber : CNA/AY/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita