Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Politeknik Ngee Ann tawar latihan amali selama setahun kepada penuntut tahun akhir

Anggaran Waktu Membaca:
Politeknik Ngee Ann tawar latihan amali selama setahun kepada penuntut tahun akhir

Politeknik Ngee Ann. (Gambar: Nabihah Hashim / TODAY)

SINGAPURA: Para penuntut tahun akhir Politeknik Ngee Ann kini boleh memilih untuk menyertai program latihan amali selama setahun.

Ia adalah sebahagian daripada satu rangka kerja baru yang akan menyaksikan rakan-rakan industri memainkan peranan lebih besar dalam mereka, menyampaikan serta menilai kandungan pembelajaran.

Matlamatnya adalah menyelaraskan pembelajaran para penuntut dengan perkembangan terkini industri supaya mereka dilengkapi dengan set kemahiran yang dituntut pasaran.

Selain latihan amali, kampus Politeknik Ngee Ann akan ada makmal khusus bagi para penuntut mencuba teknologi terkini di bawah bimbingan para wakil industri.

Akan ada juga peluang bagi para pelajar terlibat dalam projek-projek berbilang disiplin untuk menghuraikan masalah nyata industri.

Tiada kelas pada setiap hari Rabu supaya para penuntut akan terlibat dalam kegiatan-kegiatan tertumpu kepada industri.

Ini demi menyediakan mereka dengan lebih baik untuk alam pekerjaan.
Sumber : BERITA Mediacorp/IA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan