Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Politeknik Nanyang, Starhub lancarkan pusat 5G

Sebuah pusat 5G dilancarkan hari ini (7 Jan) oleh Politeknik Nanyang (NYP) dan Starhub.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Jan 2020 09:22PM Dikemas Kini : 07 Jan 2020 09:34PM

SINGAPURA: Sebuah pusat 5G dilancarkan hari ini (7 Jan) oleh Politeknik Nanyang (NYP) dan Starhub.

Syarikat-syarikat yang berminat menguji huraian 5G mereka boleh berbuat demikian di pusat itu sebelum melancarkannya bagi menggerakkan transformasi digital.

Sebagai contoh, sebuah sistem pengecaman wajah di Hospital Besar Singapura, jika terbukti berkesan, mungkin dapat membantu memendekkan masa menunggu di unit kecemasan.

Menerusi rangkaian 5G, sistem tersebut dapat menghantar data dalam masa yang lebih pantas berbanding rangkaian 4G.

Ia merupakan salah satu idea yang diuji di Pusat Pengalaman dan Aplikasi untuk 5G, NYP-Starhub.

Beberapa huraian lain yang diuji termasuk pemeriksaan dari jauh permukaan bangunan menggunakan dron dan analisa video bagi menjejaki tabiat pelanggan di kedai-kedai.

Antara syarikat-syarikat yang menyokong inisiatif ini adalah Microsoft dan syarikat beli-belah BHG Singapore.

Starhub dan NYP berharap pusat ini dapat membantu menyepadukan transformasi digital merentasi sektor.

Rangkaian 5G akan dilancarkan di Singapura mulai tahun ini.

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan