Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis tubuh pasukan siasatan tangani keganasan keluarga; dedah pelan pertingkat jagaan mangsa mudah terdedah

Polis akan membentuk pasukan-pasukan siasatan baru yang mempunyai kepakaran dalam menangani keganasan keluarga menjelang tahun hadapan di divisyen-divisyennya di merata negara. Langkah itu dibuat di tengah-tengah peningkatan pada jumlah aduanjenayah seksual serta kes keganasan keluarga di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Apr 2022 12:34PM Dikemas Kini : 26 Apr 2022 10:05PM

SINGAPURA: Polis akan membentuk pasukan-pasukan siasatan baru yang mempunyai kepakaran dalam menangani keganasan keluarga menjelang tahun hadapan di divisyen-divisyennya di merata negara. Langkah itu dibuat di tengah-tengah peningkatan pada jumlah aduanjenayah seksual serta kes keganasan keluarga di Singapura.

Pasukan-pasukan keganasan keluarga yang baru itu akan terdiri daripada para pegawai siasatan yang dilengkapi dengan kemahiran untuk menguruskan dengan lebih baik masalah kekeluargaan serta mangsa penganiayaan semasa siasatan, menurut polis pada Selasa (26 Apr).

Para pegawai itu juga akan menjalani latihan khas dalam undang-undang berkaitan dengan keganasan keluarga. Mereka akan bekerjasama dengan agensi-agensi perkhidmatan sosial untuk memahami lebih baik intervensi perkhidmatan sosial serta sumber-sumber masyarakat yang disedikan buat mangsa mudah terdedah.

Ini merupakan antara inisiatif yang diumumkan di seminar pelan kerja tahunan Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini.

Berbeza dari tahun-tahun sesudahnya, seminar kali ini tidak memberi tumpuan kepada peralatan atau teknologi baru yang perlu diperolehi polis untuk memerangi jenayah.

Sebaliknya, agenda polis tahun ini adalah penekanan yang diperbaharui untuk mengambil pendekatan tertumpu kepada mangsa ketika menguruskan mangsa-mangsa jenayah seksual, keganasan keluarga dan yang berkaitan dengan kecenderungan untuk membunuh diri.

Mengumumkan inisiatif-inisiatif baru itu dalam satu video yang dimuatnaikkan ke Facebook pada Selasa, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata: "Pasukan itu akan terus mempertingkatkan usaha untuk melindungi mangsa-mangsa mudah terdedah. Ini akan memerlukan usaha bersepadu dengan rakan-rakan kongsi lain serta masyarakat."

Pasukan polis juga akan menyusun semula sumber-sumbernya utnuk menangani trend jenayah baru - khususnya penipuan, jenayah seksual serta kes keganasan keluarga.

KEGANASAN KELUARGA

Menjangkaui pasukan keganasa keluarga, beberapa pegawai daripada unit kepolisan masyarakat akan dilantik sebagai pegawai kepolisan masyarakat keganasan keluarga mulai Jun nanti.

Dikerahkan ke divisyen-divisyen polis di serata negara, para pegawai tersebut mempunyai kepakaran untuk menyediakan penjagaan kepada mangsa keganasan keluarga.

Mereka akan dilatih dalam merujuk kes berpotensi berisiko tinggi kepada agensi perkhidmatan sosial agar intervensi awal dapat dilakukan. Selain itu, para pegawai itu juga menjadi titik perhubungan utama antara agensi serta pihak-pihak terlibat.

Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis Tan Tin Wee bekata keganasan keluarga adalah satu masalah pelbagai serampang yang biasanya tidak dilaporkan dan ia adalah sesuatu isu yang tidak boleh ditangani oleh pihak polis sahaja.

RESPONS RISIKO BUNUH DIRI

Apabila bertindak memberi respons kepada percubaan untuk membunuh diri, para pegawai polis kini mempunyai akses kepada talian bantuan khusus yang dikendalikan oleh para kaunselor dari Institut Kesihatan Mental (IMH).

Para karyawan kesihatan mental akan dapat memberi bimbingan kepada pegawai polis tentang apa yang perlu dilakukan atau bercakap sendiri dengan mangsa secara langsung di talian untuk menilai kesihatan mental mangsa serta risiko mereka membunuh diri.

Pendekatan baru terhadap menangani kes-kes seumpama itu dibuat setelah percubaan membunuh diri, sebelum ini satu kesalahan yang boleh dijatuhi hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali, tidak lagi digolongkan sebagai jenayah di Singapura pada 1 Januari 2020.

Sedari itu, polis tidak lagi perlu memberkas individu yang membuat percubaan untuk membunuh diri.

Dengan talian bantuan tersebut, kaunselor IMH akan dapat menjalankan penilaian risiko serta-merta dan mengesyorkan langkah tindakan yang wajar, seperti merujukkan individu kepada sumber-sumber masyarakat bagi mendapatkan sokongan atau kepada IMH sekiranya risiko untuk mereka membunuh diri adalah tinggi.

Polis juga akan dapat mengerahkan dua jururawat psikiatrik dari pasukan respons krisis IMH untuk membuat penilaian di tempat kejadian.

Inisiatif bersama oleh IMH, polis dan Kementerian Kesihatan (MOH) sudahpun diuji cuba di divisyen-divisyen polis Bedok serta Jurong sejak Mac tahun lalu dan dilancarkan ke semua divisyen polis pada Disember 2021.

JENAYAH SEKSUAL

Polis akan mereka semula Pusat OneSAFE di Kompleks Polis Cantonment, yang membolehkan mangsa serangan seksual menjalani pemeriksaan perubatan forenseik serta soal siasat di sebuah lokasi tetap dan tidak perlu membuat perjalanan ulang-alik antara balai polis dengan hospital.

Dijadualkan dilancarkan pada separuh pertama 2023, pusat yang diperbaharui itu akan mempunyai kawasan khusus buat mangsa. Ia merangkumi bilik soal siasat, bilik pemeriksaan perubatan, tandas serta bilik peribadi untuk mereka duduk beristirahat.

Polis akan melaksanakan secara tetap sebuah model untuk menemu bual mangsa muda penderaan seksual dalam keluarga yang mengurangkan bilangan mereka perlu menceritakan pengalaman traumatik mereka untuk tujuan siasatan.

Model soal siasat berbilang disiplin itu, yang dirintiskan pada 2018, melibatkan sebuah pasukan gabungan terdiri daripada pegawai polis, karyawan perubatan dan pegawai perlindungan kanak-kanak daripada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) serta menemu bual mangsa di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan