Skip to main content

Singapura

Polis Trafik SG ambil tindakan tegas terhadap lori tanpa pengehad kelajuan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Jan 2026 07:48PM Dikemas Kini : 27 Jan 2026 07:13PM
SINGAPURA: Polis Trafik (TP) terus bertindak ke atas lori-lori tanpa pengehad kelajuan.

Tiga buah lori sedemikian dikesan semasa operasi penguatkuasaan pada 16 dan 17 Januari.

Dengan itu, 141 buah lori didapati gagal mematuhi peraturan itu sejak awal tahun baharu.

Ia merupakan sebahagian daripada pendekatan bertahap, yang tertumpu kepada kenderaan lebih lama dan berat.

Susuli perbahasan Rang Undang-Undang Pengangkutan Darat di Parlimen tempoh hari, pemilik lori kini boleh didenda sehingga S$10,000, iaitu 10 kali lebih tinggi daripada hukuman sebelumnya.


Timbalan Ketua Komandan, Unit Rondaan, TP, Lee Jin, berkata, "Polis Trafik telah menghantar beberapa peringatan kepada pemilik lori untuk memasang alat penghad kelajuan menjelang tarikh akhir yang diberi. Operasi penguatkuasaan sedang berjalan untuk mengesan lori-lori ini. Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemilik lori yang gagal memasang alat penghad kelajuan menjelang tarikh akhir yang ditetapkan."
 
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita