Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis tolak dakwaan online budak perempuan 8 tahun diculik di S'pura

Polis pada Jumaat (4 Feb) menyangkal dakwaan yang tular online bahawa seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun diculik ketika dia mengunjungi pusat beli-belah di sini bersama keluarganya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Polis pada Jumaat (4 Feb) menyangkal dakwaan yang tular online bahawa seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun diculik ketika dia mengunjungi pusat beli-belah di sini bersama keluarganya.

Dalam satu catatan Facebook, polis menyatakan mereka maklum tentang catatan tersebut, yang mendakwa kanak-kanak itu diculik pada Rabu.

"Polis ingin menjelaskan bahawa dakwaan yang dibuat dalam catatan ini adalah palsu.

"Polis tidak menerima sebarang maklumat tentang sesiapa pun yang diculik selama tempoh yang tertera. Kami menemui rencana dengan kandungan serupa melibatkan negara-negara lain yang tular online."

Kenyataan polis itu diiringi dengan gambar catatan online tersebut, yang menyatakan bahawa kanak-kanak perempuan itu berada bersama ibu bapa dan saudara lelakinya apabila dilaporkan hilang, dan "segala-galanya dirakam sebuah kamera".

Kanak-kanak perempuan itu - dikenal pasti sebagai Julie S oleh "pengarangnya" Alex Smith - dilaporkan diculik pada pukul 10.00 pagi hari itu.

Artikel itu menukil seorang "pegawai polis tempatan" yang mengatakan bahawa mereka "kini sedang meminta bantuan Interpol" dan "berunding dengan polis di Singapura".

Catatan itu tidak jelas menyatakan kerakyatan "pegawai polis tempatan" berkenaan.

Polis di Singapura bagaimanapun, menyatakan mereka memandang serius dakwaan palsu sedemikian yang boleh mencetuskan kebimbangan orang ramai.

"Polis ingin menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dalam penyebaran maklumat yang tidak disahkan dan bersikap bertanggungjawab apabila menulis catatan atau berkongsi sebarang maklumat online," menurutnya.

Kenyataan polis tersebut tidak mendedahkan sejauh mana catatan itu sudah disebarkan.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan