Polis tingkatkan rondaan rumah ibadat susuli kes tikam Gereja St Joseph
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Polis meningkatkan rondaan di tempat-tempat ibadat, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Ahad (10 Nov), sehari selepas seorang paderi Katolik ditikam di Gereja St Joseph.
Pada Ahad (10 Nov), Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan bahawa buat masa ini tiada bukti yang menunjukkan bahawa tindakan penyerang, seorang warga Singapura berketurunan Sinhala berusia 37 tahun, bermotif agama.
Lelaki itu, yang mempunyai sejarah kecederaan serius dan penyalahgunaan dadah, juga dipercayai bertindak sendirian.
Perkara ini ditegaskan oleh MHA dalam satu kenyataan media pada petang Ahad (10 Nov).
“Namun begitu, polis telah meningkatkan rondaan di tempat-tempat ibadat untuk memberi jaminan kepada orang ramai,” tegas MHA.
"Polis juga sedang berhubung dengan Gereja St Joseph untuk memberikan sokongan dan sumber, termasuk sokongan psikologi untuk para penganut Katolik yang menghadiri upacara misa di gereja tersebut - termasuk kanak-kanak - yang menyaksikan serangan itu."
Paderi Christopher Lee, yang berkhidmat sebagai paderi di Gereja St Joseph di Upper Bukit Timah, telah ditikam oleh lelaki itu semasa upacara misa pada petang Sabtu (9 Nov).
Serangan itu berlaku semasa upacara misa bulanan, di mana kanak-kanak menjalankan tugas yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa. Kanak-kanak juga duduk di barisan hadapan semasa acara tersebut dan acara itu dibuka kepada semua yang hadir.
Dua lelaki berjaya membantu melucutkan senjata penyerang, salah seorang daripadanya adalah sebahagian daripada Pasukan Tindak Balas Kecemasan gereja tersebut – yang terdiri daripada para sukarelawan yang dilatih untuk berkhidmat sebagai responden barisan pertama dalam kecemasan.
Para penganut yang hadir di upacara tersebut turut memberikan pertolongan kecemasan sebelum polis tiba di tempat kejadian.
Pisau lipat yang digunakan dalam serangan itu serta empat senjata lain ditemui pada suspek, yang bukan merupakan orang yang kerap mengunjungi Gereja St Joseph.
Menurut MHA, kejadian itu menunjukkan betapa pentingnya bersiap sedia menghadapi kecemasan, kerana serangan seperti itu boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja walaupun ia jarang berlaku di Singapura.
Baru-baru ini, Gereja St Joseph telah mengambil bahagian dalam Meja Bulat Tindak Balas Masyarakat (CRRT) Bukit Panjang Town.
Inisiatif CRRT adalah sebahagian daripada gerakan SGSecure, yang bertujuan untuk membina hubungan dan mengukuhkan kesiapsiagaan menghadapi krisis dalam kalangan pihak-pihak berkepentingan dalam masyarakat.
MHA turut mendedahkan bahawa pihaknya dan Persatuan Rakyat (PA) kini bekerjasama dengan CRRT Bukit Panjang Town untuk menyebarkan maklumat kepada rakan-rakan kongsi dan pihak-pihak berkepentingan dan untuk menyuarakan sebarang keprihatinan yang mungkin timbul dalam masyarakat.

Sumber : CNA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.