Polis tingkat tahap keselamatan sekitar Padang pada 9 Ogos
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Polis akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan di sekitar kawasan Padang pada 9 Ogos ini demi menjaga keselamatan orang awam.
Polis menyatakan lebih banyak pemeriksaan keselamatan juga akan dijalankan di zon khas yang ditetapkan di sekitar Padang pada hari tersebut.
Sepanjang Hari Kebangsaan nanti, langkah-langkah keselamatan akan dikuatkuasakan di 'Kawasan Acara Khas' yang meliputi kawasan dari Chinatown ke Bugis dan Marina Bay.
Barangan terlarang seperti bahan letupan, senjata api dan bahan yang mudah terbakar akan dilarang.
Penerbangan dron juga tidak dibenarkan.
Langkah keselamatan yang dipertingkatkan itu juga boleh dijangkakan di zon lebih kecil di kawasan acara khas.
Polis akan turut menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan dan orang awam.

Sumber : CNA/FZ/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.