Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis terima lebih 90 laporan penipuan akaun WhatsApp diambil alih

Sekurang-kurangnya 90 akaun WhatsApp dilaporkan dicerobohi dan diambil alih oleh para penipu sejak bulan Januari.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Apr 2019 05:40PM Dikemas Kini : 04 Apr 2019 10:18PM

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 90 akaun WhatsApp dilaporkan dicerobohi dan diambil alih oleh para penipu sejak bulan Januari.

Menurut polis pada Khamis (4 Apr) para mangsa kes tersebut menerima kiriman mesej WhatsApp daripada seorang kenalan, yang akaunnya dicerobohi.

Mesej berkenaan meminta mangsa supaya memberikan kod pengesahan enam angka yang diberi kepada mereka menerusi WhatsApp.

Selepas memberikan kod pengesahan, para mangsa mendapati mereka tidak dapat mengakses akaun-akaun mereka.

Polis menasihati orang awam supaya berwaspada terhadap kemunculan kes penipuan WhatsApp seumpama itu.

"Para penipu sebelum ini menggunakan akaun-akaun WhatsApp yang terjejas untuk menipu para mangsa supaya melakukan pemindahan wang, serta menghantar mata Wang dalam Talian (MOL), ataupun membelikan kad hadiah dan menyerahkan kata laluan bagi kad-kad tersebut. Penipu terlibat kemudian menjual kad-kad tersebut secara online," menurut kenyataan polis.

Orang awam juga harus berwaspada mengenai permintaan mencurigakan yang dikirimkan menerusi WhatsApp, meskipun ia dihantar oleh kenalan mereka.

Menurut polis lagi, para pengguna WhatsApp boleh melindungi akaun mereka dengan mengaktifkan ciri pengesahan dua langkah.

Mereka yang ingin memberikan maklumat berhubung kes penipuan seumpama itu boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000, ataupun menyerahkan butiran tersebut menerusi laman www.police.gov.sg/iwitness.

Untuk mendapatkan nasihat berkaitan penipuan, anda boleh menghubungi talian antipenipuan di 1800-722-6688 atau layari www.scamalert.sg.

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan