Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis tangkap lelaki baling botol kaca dari tempat tinggi di Gopeng Street

Anggaran Waktu Membaca:
Polis tangkap lelaki baling botol kaca dari tempat tinggi di Gopeng Street

Botol kaca pecah di laluan pejalan kaki. Gambar: SPF 

Diterbitkan : 11 May 2022 07:31AM Dikemas Kini : 11 May 2022 07:32AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 42 tahun akan didakwa di mahkamah pada Rabu (11 Mei) kerana disyaki terlibat dalam beberapa tindakan melulu, menurut polis dalam satu kenyataan media.

Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan ia menerima beberapa aduan, antara 6 Mei hingga 10 Mei, bahawa barang-barangan dicampakkan ke koridor salah satu lantai sebuah blok perumahan di Gopeng Street.

Lelaki tersebut diberkas pada Selasa selepas polis menjalankan soal siasat di kawasan berkenaan.

"Siasatan awal mendedahkan lelaki itu dipercayai membaling botol-botol kaca dari tempat tinggi ke laluan pejalan kaki koridor di tingkat 31 di lokasi tersebut," menurut polis.

Lelaki itu akan didakwa pada Rabu atas kesalahan melakukan tindakan melulu. Jika didapati bersalah, dia berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan, denda tidak melebihi S$2,500 atau kedua-duanya sekali.

Polis menyatakan ia tidak bertolak ansur terhadap tindakan yang mengancam nyawa atau keselamatan orang awam dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang secara terang-terangan mengabaikan undang-undang.

Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa