Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis tahan lelaki mengamuk di restoran, rampas sebilah kapak

Polis menahan seorang lelaki dan merampas sebilah kapak daripadanya selepas dia mengamuk di hadapan sebuah restoran di Mutiara Rini, Skudai di Johor Bahru pada Khamis (18 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis tahan lelaki mengamuk di restoran, rampas sebilah kapak

Gambar fail seseorang yang digari.

Diterbitkan : 19 Jul 2019 03:15PM Dikemas Kini : 19 Jul 2019 03:18PM

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dan merampas sebilah kapak daripadanya selepas dia mengamuk di hadapan sebuah restoran di Mutiara Rini, Skudai di Johor Bahru pada Khamis (18 Jul).

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar, berkata lelaki berusia 34 tahun itu dipercayai dalam keadaan mabuk dan dia ditahan selepas polis menerima laporan daripada seorang pengadu iaitu lelaki berusia 22 tahun.

"Menurut pengadu, semasa dia berada di restoran berkenaan pada kira-kira 11.50 malam, lelaki bersenjatakan kapak itu menimbulkan kekacauan di kawasan tersebut dalam keadaan mabuk.

"Lelaki tersebut turut memukul seorang lelaki warga asing lalu pengadu bertindak untuk membantu lelaki warga asing berkenaan dan terus menghubungi pihak polis," katanya menerusi kenyataan hari ini (19 Jul).

Encik Dzulkhairi berkata sepasukan anggota peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri kemudian menahan lelaki terbabit pada pukul 11.58 malam di hadapan restoran itu selepas diserahkan oleh pengadu.

Beliau berkata polis turut merampas kapak berkenaan dan lelaki itu kini disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan cedera dan ugutan jenayah serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan