Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis tahan lelaki disyaki membunuh di Bedok Reservoir Road

Seorang lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang lagi lelaki di Bedok Reservoir Road.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Apr 2021 11:00PM Dikemas Kini : 04 Apr 2021 09:12PM

SINGAPURA: Seorang lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang lagi lelaki di Bedok Reservoir Road.

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang satu kes tikaman di sebuah unit kediaman pada sekitar pukul 10.15 pagi pada Sabtu (3 Apr).

Apabila para pegawai tiba di tempat kejadian, mereka menemui seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di unit tersebut. "Lelaki berusia 49 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," tambah polis.

Menurut siasatan awal, kedua-dua lelaki itu mengenali satu sama lain, kata polis.

Suspek yang juga berusia 49 tahun, akan didakwa kerana membunuh pada Isnin. Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman mati.

Polis menyatakan siasatan masih dijalankan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan