Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis tahan 2 remaja terlibat dalam kegiatan tailong

Polis menahan dua remaja lelaki, masing-masing berusia 18 dan 19 tahun, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan tailong.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis tahan 2 remaja terlibat dalam kegiatan tailong

Dua remaja ditahan di sekitar Marsiling Drive kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan tailong. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 05 Jan 2019 08:15AM Dikemas Kini : 05 Jan 2019 01:13PM

SINGAPURA: Polis menahan dua remaja lelaki, masing-masing berusia 18 dan 19 tahun, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan tailong.

Antara 23 Dis 2018 hingga 4 Jan 2019, pihak polis menerima aduan tentang gangguan tailong di mana pintu unit kediaman dibakar dalam dua kes berasingan. Dalam satu lagi kes, seorang penduduk yang tidak bersalah diserang oleh salah seorang remaja berkenaan.

Identiti kedua-dua remaja tersebut dikenal pasti selepas siasatan dijalankan. Para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah dan beberapa Divisyen Polis Darat kemudian menjalankan satu operasi bersama dan memberkas remaja-remaja itu di sekitar Marsiling Drive.

Kedua-dua suspek akan didakwa di mahkamah hari ini (5 Jan) di bawah Akta Pemiutang (Edisi Semakan 2010). Para pesalah kali pertama yang didapati bersalah atas gangguan tailong boleh didenda antara S$5,000 dengan S$50,000 dengan hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun, serta disebat sehingga enam kali.

Pesalah berulang pula akan dikenakan denda antara S$6,000 dengan S$60,000, hukuman penjara mandatori antara dua dengan sembilan tahun dan rotan sehingga 12 kali.

Dalam kenyataannya, polis menyatakan bahawa ia tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan seperti itu. Mereka yang sengaja merosakkan harta benda awam, atau mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam, akan ditangani mengikut undang-undang.

Orang ramai dinasihati supaya tidak mendekati mahupun berurusan dengan tailong. Anda boleh menelefon Polis menerusi talian '999' atau hotline X-Ah Long di 1800-924-5664 sekiranya mengesyaki atau mengenali sesiapa yang mungkin terlibat dalam kegiatan tailong.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan