Polis sisasat 2 lelaki bergaduh di tempat letak kereta Hougang

(Gambar: SG Road Vigilante - SGRV/Facebook)
SINGAPURA: Dua lelaki sedang membantu polis dalam siasatan kerana terbabit dalam pergaduhan di sebuah tempat letak kereta terbuka pada Selasa (1 Ogos).
Polis menyatakan pada Rabu (2 Ogos) bahawa pihaknya menerima aduan mengenai pergaduhan di tempat letak kereta Blok 307 Hougang Avenue 5 pada pukul 4.57 petang Selasa.
Dua lelaki, berusia 64 dan 65 tahun, mengalami beberapa kecederaan, tetapi enggan dibawa ke hospital. Kedua-dua lelaki sedang membantu dalam siasatan polis.
Lelaki yang berbaju ungu itu membalas dengan menumbuk lelaki berkenaan hingga terjatuh, sebelum memukulnya beberapa kali pada bahagian kepala.
Pergaduhan itu berlangsung kira-kira 30 saat sebelum beberapa orang lain bantu meredakan keadaan.
Lelaki yang merakam pergaduan itu dari tingkapnya boleh didengar membuat spekulasi bahawa pertengkaran berlaku kerana sebuah teksi ComfortDelGro biru melanggar sebuah Alat Bantuan Mobiliti Peribadi (PMD).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.