Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat wanita didakwa bertindak selaku peguam sekalipun sijil pengamal tamat tempoh

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat wanita didakwa bertindak selaku peguam sekalipun sijil pengamal tamat tempoh

Gambar: Pixabay

Diterbitkan : 11 May 2022 08:03AM Dikemas Kini : 11 May 2022 08:04AM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) memaklumkan pada Selasa (10 Mei) bahawa ia sudah memulakan siasatan ke atas satu kes berhubung seorang wanita yang dipercayai bertindak sebagai peguam bela dan peguam cara sekalipun dia tidak bertauliah sebagai pengamal undang-undang yang sah.

Mediacorp difahamkan bahawa wanita tersebut ialah Cik Violet Netto yang mewakili pengedar dadah warga Malaysia, Nagaentran K Dharmalingam, pada awal tahun ini dalam rayuannya terhadap hukuman mati.

Nagaentran dihukum gantung pada 27 April lalu.

Menurut polis dalam satu kenyataan, satu aduan difailkan pada hari yang sama terhadap wanita berkenaan, yang bertindak sebagai peguam bela dan peguam cara untuk sekurang-kurangnya tiga kali walaupun sijil pengamal undang-undangnya sudah tamat tempoh.

Wanita itu disiasat atas kesalahan di bawah Seksyen 33 Akta Kerjaya Guaman.

Sesiapa yang didapati bersalah menjadi individu yang tidak dibenarkan bertindak selaku peguam bela atau peguam cara boleh didenda sehingga S$25,000 atau dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Untuk kesalahan buat kali kedua atau seterusnya, hukumannya adalah denda tidak melebihi S$50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Lelaman Singapore Statutes menyatakan bahawa setiap peguam cara dikehendaki untuk memohon dan diberikan sijil pengamal undang-undang sebelum mereka bertauliah sebagai peguam bela mahupun peguam cara yang sah untuk tahun tersebut, yang merujuk kepada tempoh antara 1 April hingga 31 Mac.

Polis menambah pihaknya tidak boleh memberikan ulasan lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Sumber : Today/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa