Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat video pelajar berkelakuan tidak senonoh dalam tandas Politeknik Ngee Ann

Polis menjalankan siasatan setelah satu rakaman enam orang lelaki sedang membuang air kecil ke arah dua lagi orang lelaki di sebuah tandas dikongsi online pada Isnin (22 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat video pelajar berkelakuan tidak senonoh dalam tandas Politeknik Ngee Ann

Petikan dari video kejadian.

Diterbitkan : 23 Mar 2021 10:18PM Dikemas Kini : 23 Mar 2021 10:19PM

SINGAPURA: Polis menjalankan siasatan setelah satu rakaman enam orang lelaki sedang membuang air kecil ke arah dua lagi orang lelaki di sebuah tandas dikongsi online pada Isnin (22 Mac).

Polis dimaklumkan tentang satu kes voyeurisme di 535 Clementi Road pada Isnin pada pukul 9.48 malam.

535 Clementi Road merupakan alamat Politeknik Ngee Ann.

Video itu menunjukkan dua orang lelaki sedang melutut di hadapan sebuah bilik mandi tanpa seurat benang dan menghadap tembok manakala tiga orang lelaki yang berpakaian kemeja-t bergilir-gilir masuk ke bilik mandi itu lalu membuang air kecil ke arah mereka.

Dalam video itu yang tersebar di Instagram dan TikTok, kedengaran suara di latarnya: "Kencing ke arah rambutnya, kencing ke arah rambutnya," dan "Pastikan kamu semua kencing."

Apabila salah seorang daripada individu itu berlutut di atas lantai cuba menghidupkan paip hujan, seorang lagi bersuara: "Tidak boleh mandi, tidak boleh mandi."

Beberapa orang dalam video itu kelihatan tidak memakai pelitup dengan betul manakala yang lain tidak memakai pelitup langsung.

Memberi jawapan kepada pertanyaan oleh Mediacorp, seorang jurucakap Politeknik Ngee Ann berkata sekolah itu maklum akan video yang tular di media sosial tentang pelajarnya yang "terbabit dalam kelakuan tidak senonoh".

Sekolah itu sudah pun mengenal pasti kesemua pelajar yang terbabit dan kesemuanya bukan pelajar tahun pertama, menurut jurucakap itu.

"Kami juga mengesahkan bahawa kejadian itu tidak berlaku semasa program orientasi pelajar tahun pertama atau sebagai persiapan untuk program orientasi," kata jurucakap itu.

"Kami memandang serius hal ini dan tidak menerima atau bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku," kata jurucakap itu.

"Kami sedang menjalankan siasatan disiplin dalaman dan akan mengambil tindakan disiplin sewajarnya terhadap para pelajar yang didapati melanggar Kod Tatalaku Pelajar. Sementara itu kami sudah pun menghubungi para pelajar yang terjejas bagi menawarkan sokongan kaunseling," kata jurucakap itu.

"Memandangkan langkah pengurusan selamat tidak dipatuhi di premis kami, kami juga akan mempertimbangkan hal ini dalam menentukan tindakan disiplin yang perlu."

Pada lewat Isnin (22 Mac), seorang pengguna Instagram mendakwa dirinya sebagai salah seorang daripada dua individu yang sedang berlutut dalam video itu.

Menyifatkan kejadian itu sebagai "berlaku dengan persetujuan mereka", beliau berkata dalam satu catatan Instagram story bahawa ia bukanlah kejadian buli, meskipun beliau tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu.

"Namun bahagian komen benar-benar kecoh! Saya lihat komen-komen seperti, mereka melakukan buli??? Tidak, saya bersikap bersahaja dan ia hanyalah keseronokan semata-mata untuk saya!" katanya dalam catatan itu.

Beliau juga berkata bahawa teman-temannya "dikecam" online meskipun mereka "melakukan sesuatu dengan persetujuan mereka", dan orang ramai menjadikannya "seperti satu cerita buli".

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan