Polis siasat surat pusat jagaan kanak-kanak tentang percubaan culik budak di Toys 'R' Us
Baru-baru ini sebuah pusat jagaan kanak-kanak mengeluarkan satu surat amaran tentang percubaan menculik salah seorang pelajarnya di cawangan Toys "R" Us di Suntec City.
Sebuah cawangan Toys 'R' Us di Singapura. (Gambar fail: Toys R Us Singapore/Facebook)
SINGAPURA: Baru-baru ini sebuah pusat jagaan kanak-kanak mengeluarkan satu surat amaran tentang percubaan menculik salah seorang pelajarnya di cawangan Toys "R" Us di Suntec City.
Polis mengesahkan bahawa ia tahu tentang surat amaran tersebut dan sedang menyiasat kes itu. Pihaknya juga tahu bahawa satu petikan gambar surat amaran dari Pusat Jagaan Josiah Kidz, yang juga terletak di Suntec City, sudah disebarkan.
"Surat itu menyatakan bahawa percubaan menculik seorang budak lelaki Tadika 1 di cawangan Toys 'R' Us Suntec City berlaku pada waktu senja 21 Nov," menurut polis.
"Pusat jagaan Josiah dan ibu bapa kanak-kanak berkenaan sedang memberi kerjasama dalam siasatan polis," tambahnya.
Polis turut menegaskan bahawa ia memandang serius insiden seumpama itu dan menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mahupun menyebarkan maklumat tidak berasas yang boleh membuat pihak lain berasa cemas.
Toys "R" Us sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp menyatakan bahawa ia juga sedang menyiasat kes tersebut dan "bekerjasama dengan pihak berkuasa".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.