Skip to main content

Singapura

Polis siasat remaja lelaki 13 tahun, lelaki 51 tahun disyaki rosakkan poster pilihan raya

 Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dan lelaki 51 tahun sedang disiasat polis berhubung dua kejadian merosakkan poster pilihan raya Parti Kemajuan Singapura (PSP) di Bukit Batok dan poster Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Hougang, menurut polis pada Khamis (2 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat remaja lelaki 13 tahun, lelaki 51 tahun disyaki rosakkan poster pilihan raya

(Gambar: Media sosial)

Diterbitkan : 02 Jul 2020 10:16PM Dikemas Kini : 02 Jul 2020 10:19PM

SINGAPURA: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dan lelaki 51 tahun sedang disiasat polis berhubung dua kejadian merosakkan poster pilihan raya Parti Kemajuan Singapura (PSP) di Bukit Batok dan poster Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Hougang, menurut polis pada Khamis (2 Jul).

Dalam satu kenyataan media, polis menyatakan para pegawai mendapati poster pilihan raya PSP yang dirosakkan di bawah tiang lampu di Bukit Batok East Ave 5 pada sekitar pukul 1.50 pagi semalam (1 Jul).
Polis menyatakan pihaknya menjalankan siasatan setelah mengesan poster itu.

Pada hari yang sama, PSP membuat laporan polis mengenai satu lagi poster yang dirosakkan di jalan raya yang sama, tambah polis.

"Setelah siasatan, pegawai polis dari divisyen Jurong mengenal pasti identiti lelaki itu yang dipercayai bertanggungjawab merosakkan kedua-dua poster itu, dan memberkasnya pada Khamis sekitar pukul 1.50 pagi," menurut polis.

Dalam kes kedua, polis menyatakan mereka menerima aduan, juga pada Rabu, pada sekitar pukul 8.30 malam bahawa poster pilihan raya PAP dirosakkan dekat Hougang Avenue 10.

"Pegawai polis dari divisyen Ang Mo Kio berjaya mengenal pasti identiti remaja lelaki yang dipercayai melakukan perbuatan itu. Dia kini sedang membantu siasatan, menurut polis.

Siasatan sedang dijalankan bagi kedua-dua kes, menurut polis.

Polis mengingatkan adalah satu kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen bagi sesiapa yang didapati mengubah, menurunkan, merosakkan, menghapuskan atau menconteng sebarang poster atau sepanduk pilihan raya.

Mereka yang didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 bulan atau denda sehingga S$1,000.

"Polis memandang serius terhadap individu yang merosakkan harta benda awam dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka," menurut kenyataan media itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita