Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat poster di tandas NTU dakwa pihak universiti biaya Israel dalam perang Gaza

Polis memulakan siasatan selepas menerima aduan mengenai poster-poster yang ditampal di tandas Universiti Teknologi Nanyang (NTU), yang mendakwa universiti itu menggunakan yuran sekolah untuk membiayai Israel dalam perang di Gaza.
 

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Polis memulakan siasatan selepas menerima aduan mengenai poster-poster yang ditampal di tandas Universiti Teknologi Nanyang (NTU), yang mendakwa universiti itu menggunakan yuran sekolah untuk membiayai Israel dalam perang di Gaza.

Barisan atas poster itu berbunyi: "Ingin mendaftar ke NTU? Yuran sekolah anda digunakan untuk membiayai pembunuhan beramai-ramai di Palestin."

Poster itu juga memperincikan pelbagai cara NTU didakwa membiayai Israel seperti menjalin kerjasama dengan syarikat berbilang negara dari Perancis, Thales yang mempunyai makmal kajian bersama dengan universiti itu dan Pusat Kebangsaan Perancis bagi Penyelidikan Saintifik.

Thales mereka, menghasilkan dan mengeluarkan sistem elektrik serta peralatan dan perkakas untuk sektor aeroangkasa, pertahanan, pengangkutan dan keselamatan.

Poster itu mendakwa Thales mempunyai hubungan dengan Israeli Aerospace Industries dan Elbit, iaitu sebuah syarikat teknologi tentera antarabangsa dan kontraktor pertahanan yang berpangkalan di Israel.

Poster itu juga mendakwa bahawa senjata daripada kedua-dua negara itu digunakan dalam perang Israel dengan Gaza.

"Poster-poster itu tidak dibenarkan dan dihapuskan oleh pengawal kampus," menurut NTU dalam satu kenyataan media pada Selasa (5 Mac).

NTU menyatakan satu aduan polis juga sudah dibuat.

Menurut catatan di forum online Reddit, poster-poster itu ditemui dalam tandas NTU semasa acara Rumah Terbuka universiti itu pada Ahad (3 Mac).

Dalam respons kepada pertanyaan oleh Mediacorp, polis mengesahkan hari ini bahawa satu aduan dibuat dan siasatan masih dijalankan.
Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan