Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat 'pertunjukan bunga api' di Jurong West

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden bunga api dilepaskan di Jurong West pada malam Ahad (27 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat 'pertunjukan bunga api' di Jurong West

Petikan gambar daripada video yang tular online. (Gambar-gambar: Facebook / All Singapore Stuff)

Diterbitkan : 28 Oct 2019 09:11PM Dikemas Kini : 28 Oct 2019 09:24PM

SINGAPURA: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden bunga api dilepaskan di Jurong West pada malam Ahad (27 Okt).

Pihak berkuasa dimaklumkan mengenai "satu kes bunga api dilepaskan" di Jurong West Street 73 pada sekitar pukul 8.00 malam itu, menurut polis sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

Tiada kecederaan dilaporkan dan siasatan masih dijalankan, tambah polis.

Sesiapa yang sabit kesalahan melepaskan bunga api boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda antara S$2,000 dengan S$10,000, atau kedua-duanya.

"Orang awam diingatkan bahawa memiliki, menjual, menghantar, mengagihkan atau mengimport sebarang jenis bunga api yang berbahaya adalah satu kesalahan," menurut polis.
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan satu pertunjukan bunga api di Jurong pada Ahad malam.

Ia berlangsung selama sekurang-kurangnya 20 saat, dan dilihat dilepaskan antara blok-blok HDB, dengan penduduk menyaksikannya dari blok-blok berdekatan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan