Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat perhimpunan jalan raya yang diadakan tanpa permit

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat perhimpunan jalan raya yang diadakan tanpa permit

Gambar: Pasukan Polis Singapura (SPF)


SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Isnin (2 Mei) menyatakan pihaknya sedang menyiasat beberapa perhimpunan jalan raya yang diadakan tanpa permit.

Insiden pertama membabitkan konvoi kenderaan yang bergerak di Changi Road menuju ke Geylang Road pada 24 April tanpa permit polis.

Rakaman video kejadian yang tular online pada 27 April itu memaparkan lori punggah, bus mini, trak dan kenderaan lain mengambil bahagian dalam konvoi tersebut.

Polis sudah mengenal pasti tiga lelaki yang berumur antara 22 dengan 26 tahun sebagai penganjur perhimpunan tersebut.

Dalam kejadian kedua, sebuah video dimuat naik pada 30 April menunjukkan kumpulan kereta yang berhimpun di tempat meletak kereta terbuka di luar kedai barangan sukan, Decathlon di Kallang.

Satu lagi kejadian berlaku pada 30 April yang melibatkan Polis Trafik, yang sedang menjalankan operasi penguatkuasaan bersama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) terhadap kesalahan-kesalahan trafik dan pengubahsuaian kenderaan secara haram.

"Semasa operasi dijalankan, sebuah konvoi motosikal dikesan sedang bergerak di Changi Road menuju ke Geylang Road," menurut polis.

Polis Trafik mengenakan denda ke atas kesalahan menggunakan topi keledar yang tidak diluluskan.

LTA juga mengesan 13 kesalahan yang berhubung kait dengan pengubahsuaian kenderaan secara haram.

Dua lelaki berumur 22 dan 23 tahun dikenal pasti sebagai penganjur perhimpunan tersebut. Mereka akan disiasat kerana mengadakan acara di jalan raya tanpa permit, menurut polis.

Pihak berkuasa juga menyatakan pada Isnin (2 Mei) bahawa pihaknya menyedari ada "individu dan kumpulan yang menganjurkan perhimpunan berbeza, dengan perancangan untuk kenderaan bergerak dalam konvoi di lokasi, tarikh dan waktu berbeza" sepanjang cuti hujung minggu yang panjang ini.

SPF memberi peringatan kepada orang awam bahawa ia merupakan satu kesalahan untuk mengadakan sebarang acara di mana-mana jalan raya atau sebahagian daripadanya.

Mereka yang disabit kesalahan boleh didenda S$1,000, dipenjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali. Pesalah berulang boleh didenda S$2,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan