Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat pergaduhan di restoran Fat Po di Punggol

Polis menyatakan pada Isnin (14 Mac) bahawa pihaknya sedang menyiasat satu insiden yang berlaku di sebuah restoran di Punggol.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat pergaduhan di restoran Fat Po di Punggol

(Gambar: Facebook/Hawkers United - Dabao 2020/Tan Carol)

SINGAPURA: Polis menyatakan pada Isnin (14 Mac) bahawa pihaknya sedang menyiasat satu insiden yang berlaku di sebuah restoran di Punggol.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai pergaduhan yang tercetus di Tebing Lane pada Sabtu (12 Mac).

Berdasarkan satu catatan Facebook yang tular di media sosial, dua lelaki didapati bersikap kasar dan agresif terhadap seorang pekerja di restoran Fat Po, yang terletak di Tebing Lane.

Catatan yang dimuat naik pada 12.00 tengah hari Ahad (13 Mac) menunjukkan salah seorang lelaki itu mula merokok di mejanya dan dilihat masih meneruskan perbuatannya itu meskipun setelah ditegur oleh seorang pekerja restoran yang memberitahunya bahawa merokok tidak dibenarkan di premis itu.

Menurut catatan tersebut, salah seorang lelaki itu kemudian menghempas pinggan ke lantai sementara seorang lagi lelaki dipercayai menolak seorang kakitangan wanita.

Catatan itu menambah bahawa seorang pelanggan dari meja lain kemudian memberitahu kedua-dua lelaki itu supaya jangan membuat kacau di restoran tersebut.

Pelanggan berkenaan dikatakan telah dicabar untuk bergaduh dengan salah seorang lelaki itu dan kedua-dua lelaki itu hanya meninggalkan tempat itu selepas pelanggan tersebut menghubungi polis.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan