Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat pergaduhan di gelanggang bola keranjang Boon Keng

Insiden melibatkan sekitar lapan individu itu dirakamkan dalam sebuah video sepanjang dua minit dan dikongsikan di media sosial pada Jumaat (13 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat pergaduhan di gelanggang bola keranjang Boon Keng

Petikan skrin daripada rakaman video, yang tersebar di media sosial, menunjukkan satu pergaduhan di sebuah gelanggang bola keranjang di Boon Keng.

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat pergaduhan yang melibatkan sekumpulan remaja lelaki di gelanggang bola keranjang di Boon Keng.

Insiden melibatkan sekitar lapan individu itu dirakamkan dalam sebuah video sepanjang dua minit dan dikongsikan di media sosial pada Jumaat (13 Jan).

Video itu bermula dengan dua remaja lelaki saling menumbuk dan menendang satu sama lain manakala beberapa individu lain, yang kelihatan memakai seragam sekolah, memerhatikan kedua-duanya bergaduh.

Kedua-dua remaja lelaki itu kemudian mengundurkan diri sebelum satu perbalahan tercetus antara individu-individu lain dalam kumpulan tersebut.

Ini disusuli dengan dua insiden tumbuk-menumbuk berasingan, satu daripadanya melibatkan remaja lelaki yang terbabit dalam pergaduhan awal itu. Dia ditendang jatuh ke lantai dan kemudian disepak kepalanya.

Pergaduhan itu kurang jelas kelihatan di penghujung rakaman video tersebut selepas dua minit dan enam saat.

Dalam responsnya kepada Mediacorp pada Isnin (16 Jan), Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan pihaknya sedang menyiasat insiden itu.

"Polis mengesahkan satu aduan dibuat dan kami sedang menyiasat perkara tersebut," menurut SPF.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan