Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat pembunuhan di Punggol Field selepas lelaki meninggal dunia akibat kecederaan

Polis melancarkan siasatan terhadap pembunuhan selepas seorang lelaki 38 tahun yang ditemui cedera di Punggol Field meninggal dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 May 2020 02:26PM Dikemas Kini : 12 May 2020 12:45AM

SINGAPURA: Polis melancarkan siasatan terhadap pembunuhan selepas seorang lelaki 38 tahun yang ditemui cedera di Punggol Field meninggal dunia.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan pada Isnin (11 Mei) bahawa mereka menerima panggilan meminta bantuan di Punggol Field pada sekitar 11.00 malam pada Ahad.

Lelaki itu dibawa ke Hospital Besar Sengkang di mana beliau meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Setibanya Mediacorp di tempat kejadian pada Isnin petang, jalan raya di mana kejadian itu berlaku dikepung dan kenderaan-kenderaan menghala ke kawasan itu terpaksa berpatah balik.

Sekurang-kurangnya empat kenderaan polis dilihat tiba di tempat kejadian.

Gambar-gambar yang dimuat naik online menunjukkan kehadiran polis di kawasan itu pada Ahad malam.

Seorang pengguna Facebook yang mengaku beliau membantu dalam siasatan polis menggambarkan "darah di mana-mana" berdekatan sebuah stesen perhentian bas bila beliau mendengar rayuan seseorang meminta bantuan. 

Sumber : CNA/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan