Polis siasat 'objek mencurigakan' di luar stesen MRT Boon Lay
Sebuah "objek mencurigakan" ditemui di luar stesen MRT Boon Lay pada petang tadi (28 Jul) menyebabkan polis mengepung kawasan di luar laluan keluar C stesen MRT berdekatan pusat beli-belah Jurong Point.
Polis kelihatan berdekatan laluan keluar C stesen MRT Boon Lay.
SINGAPURA: Sebuah "objek mencurigakan" ditemui di luar stesen MRT Boon Lay pada petang tadi (28 Jul) menyebabkan polis mengepung kawasan di luar laluan keluar C stesen MRT berdekatan pusat beli-belah Jurong Point.
Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan melalui catatan Facebook bahawa pihaknya menangani insiden itu pada sekitar 4.30 petang dan menasihati orang awam supaya tidak mendekati kawasan tersebut.
Dalam satu kemas kini pada sekitar 6.10 petang, polis menyatakan bahawa ia tidak mendapati sebarang kesalahan yang berkait dengan objek tersebut.
"Laluan keluar C Stesen MRT Boon Lay kini dibuka semula kepada orang awam. Orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden itu. Siasatan masih dijalankan," menurut polis.
Tiada butiran diberikan tentang apakah objek yang mencurigakan itu. Namun, polis kelihatan mengheret sebuah bagasi ke tengah kawasan pejalan kaki di luar Jurong Point.
Operasi kereta api tidak terjejas, menurut polis.
Polis bersenjata kelihatan di tempat kejadian dan ada di antara mereka kelihatan memeriksa objek-objek di atas jalanan.
Beberapa kedai berdekatan, termasuk Mr Bean dan Value Max, juga dikepung.
Polis kelihatan di kawasan laluan keluar C stesen MRT Boon Lay pada 28 Jul 2018.
Kawasan yang dikepung.
Para pengguna media sosial melaporkan bahawa orang ramai diarahkan tidak melalui kawasan antara stesen MRT Boon Lay dengan Jurong Point.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.