Skip to main content

Singapura

Polis siasat New Naratif didakwa terbitkan iklan berbayar semasa GE2020

Satu laporan polis dibuat terhadap New Naratif oleh Penolong Pegawai Pilihan Raya kerana menerbitkan iklan-iklan berbayar semasa Pilihan Raya Umum baru-baru ini, menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Jumaat (18 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat New Naratif didakwa terbitkan iklan berbayar semasa GE2020

Petikan skrin laman Facebook New Naratif pada Julai.

Diterbitkan : 18 Sep 2020 04:21PM Dikemas Kini : 18 Sep 2020 04:23PM

SINGAPURA: Satu laporan polis dibuat terhadap New Naratif oleh Penolong Pegawai Pilihan Raya kerana menerbitkan iklan-iklan berbayar semasa Pilihan Raya Umum baru-baru ini, menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Jumaat (18 Sep).

ELD menyatakan New Naratif menerbitkan iklan-iklan berbayar yang merupakan kegiatan haram berhubung pilihan raya di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen (PEA).

Sebelum ini, Penolong Pegawai Pilihan Raya itu mengeluarkan tiga notis kepada Facebook pada 3,7 dan 8 Julai untuk menurunkan lima iklan berbayar yang diterbitkan di platformnya oleh New Naratif tanpa kebenaran, dedah ELD.

"Di bawah PEA, sebarang kegiatan pilihan raya memerlukan kebenaran awal bertulis yang ditandatangani oleh seorang calon atau ejen pilihan raya," jelasnya.

Kegiatan pilihan raya termasuk sebarang kegiatan yang dilakukan bagi tujuan menggalak atau meraih kejayaan pilihan raya di sebarang pilihan raya bagi parti-parti politik, calon atau kumpulan calon "yang boleh dikenal pasti", kata ELD.

Ia juga termasuk "menjejas prospek pilihan raya parti-parti politik", calon atau kumpulan calon yang lain dalam pilihan raya itu.

"New Naratif, wakil atau ejennya tidak diberi kebenaran oleh mana-mana calon atau ejen pilihan raya dalam Pilihan Raya ini untuk menjalankan kegiatan pilihan raya," jelas ELD.

Selepas notis pertama untuk menurunkan iklan tersebut dikeluarkan kepada Facebook pada 3 Julai, New Naratif kata ELD dalam kenyataan medianya "disifatkan" sebagai menjalankan kegiatan pilihan raya kerana meletakkan Iklan Pilihan Raya Internet berbayar, dan tidak diberi kebenaran untuk berbuat demikian.

Kenyataan tersebut diterbitkan pelbagai agensi berita, bagi mengingatkan orang ramai juga tentang peraturannya, menurut ELD.

Bagaimanapun, pada 4 Julai, New Naratif memuat naik keputusan menurunkan iklan itu dan terus menerbitkan iklan-iklan berbayar lain, dedah ELD.

Menjalankan kegiatan pilihan raya tanpa kebenaran calon atau ejen pilihan raya sejak awal tempoh kempen adalah satu kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen, menurut ELD.

Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga S$2,000, dipenjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita