Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat lelaki didakwa serang pegawai keselamatan dalam lif kondo di Bukit Batok

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat lelaki didakwa serang pegawai keselamatan dalam lif kondo di Bukit Batok

(Gambar: Kesatuan Pekerja Keselamatan/Facebook)

Diterbitkan : 31 Aug 2022 12:00AM Dikemas Kini : 31 Aug 2022 12:01AM
SINGAPURA: Seorang pegawai keselamatan yang ditugaskan di sebuah kondominium di kawasan barat Singapura didakwa diserang semasa menjalankan tugas pada Isnin (29 Ogos).

Demikian didedahkan Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) dalam satu catatan di Facebook pada Selasa (30 Ogos).

Encik Afinde Mohammed, 55 tahun, sedang melakukan rondaan di kondominium itu apabila beliau terserempak dengan penyerang yang didakwa di dalam sebuah lif.

Polis memberitahu Mediacorp bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kes berkenaan sekitar 12.40 pagi di Bukit Batok Street 41 pada Isnin (29 Ogos).

Seorang lelaki, 45 tahun, akan disiasat atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan, tambah polis lagi.

Menurut USE, Encik Afinde diserang lelaki berkenaan di bahagian leher dan belakangnya. Lelaki itu juga dikatakan mengeluarkan kata-kata lucah terhadap Encik Afinde ketika melakukan serangan dilakukan.

"Semua kejadian ini dirakam CCTV," kata kesatuan tersebut.

Encik Afinde sudahpun memfailkan laporan polis dengan ditemani seorang wakil syarikat pengurusan dari Formteam, yang merupakan majikan beliau.

Dalam gambar yang disertakan dalam hantaran Facebook kesatuan tersebut berhubung serangan berkenaan, seorang lelaki yang berpakaian kemeja-T berwarna gelap kelihatan merentap kepala Encik Afinde semasa berada dalam lif.

Sekeping lagi gambar menunjukkan apa yang dakwa serangan tersebut berlaku di lobi lif, menuju ke tempat letak kereta, dengan beberapa kenderaan dilihat di belakang gambar berkenaan.

Wakil USE melawat Encik Afinde pada Selasa dan memberinya beberapa hadiah dan baucar.

Setiausaha Eksekutif kesatuan itu, Encik Steve Tan berkata "pegawai keselamatan menjalankan tugas penting seperti yang tertakluk di bawah undang-undang".

"Mereka tidak sepatutunya dianiaya kerana menjalankan tugas mereka. Ini adalah kes penderaan yang teruk dan pihak kesatuan akan melakukan yang terbaik untuk membantu pegawai itu. Kami yakin bahawa pelakunya akan ditangkap dan ditangani dengan sewajarnya oleh pihak polis," tambah Encik Tan lagi.

Kesatuan itu menggesa orang ramai yang melihat penganiayaan dilakukan terhadap pegawai keselamatan, agar melaporkannya menerusi aplikasi mudah alih kesatuan tersebut ataupun emel kepada use [at] ntuc.org.sg.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan