Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat lelaki didakwa buat aduan palsu kononnya dia dirompak

Seorang lelaki berusia 72 tahun disiasat selepas dia didakwa membuat satu aduan palsu yang menyatakan dirinya dirompak, menurut polis pada Isnin (12 Jul). 

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat lelaki didakwa buat aduan palsu kononnya dia dirompak

Para pegawai polis membuat rondaan di sebuah pusat beli-belah di Singapura. (Gambar fail: Hanidah Amin)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 72 tahun disiasat selepas dia didakwa membuat satu aduan palsu yang menyatakan dirinya dirompak, menurut polis pada Isnin (12 Jul).

Pihak berkuasa menyatakan ia menerima satu aduan sekitar jam 10.25 malam pada 8 Julai lalu di mana seorang lelaki mendakwa dirinya dirompak oleh dua individu tidak dikenali di Toh Guan Road East.

Para pegawai "mengesan beberapa percanggahan antara kenyataan lelaki berkenaan dengan rakaman CCTV" semasa siasatan, tambah polis.

“Siasatan mendedahkan lelaki itu didakwa memberi maklumat palsu kepada polis dan bukan mangsa jenayah yang dilaporkan itu," menurut polis.

Siasatan polis terhadap lelaki itu sedang dijalankan.

Jika disabit kesalahan memberi maklumat palsu, yang dia tahu adalah palsu, kepada seorang kakitangan awam, lelaki berkenaan boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

"Polis ingin mengingatkan orang ramai bahawa sumber-sumber polis boleh dimanfaatkan dengan lebih baik untuk menangani jenayah serta kecemasan sebenar daripada menyiasat aduan palsu atau maklumat palsu," menurut polis.

"Sesiapa yang membuat aduan polis palsu atau memberi maklumat palsu akan menghadapi akibat yang serius di bawah undang-undang," tegas SPF.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan