Skip to main content

Singapura

Polis siasat lelaki 50 tahun buat aduan palsu; dakwa diserang & dirompak

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Ahad (1 Mei) menyatakan bahawa pihaknya sedang menyiasat seorang lelaki berusia 50 tahun kerana dipercayai membuat aduan palsu yang mendakwa seolah-olah dia diserang dan dirompak oleh tiga orang lelaki.

Pihak berkuasa menerima aduan tersebut pada Jumaat sekitar 8.30 pagi, dengan lelaki berkenaan mendakwa dia diserang oleh tiga lelaki yang tidak dikenali semasa dia berjalan menuju ke keretanya. Dia juga mendakwa seolah-olah ketiga-tiga lelaki tersebut mencederakannya menggunakan kayu besbol dan merompak wang tunai sebanyak S$230,000 sebelum mereka melarikan diri.

Para pegawai daripada Divisyen Polis Tanglin mendapati keterangan yang diberikan oleh lelaki tersebut tidak konsisten dengan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV)semasa pihak berkuasa menjalankan siasatan, menurut polis.

Lelaki berkenaan dipercayai memberikan keterangan palsu dan dia bukan mangsa jenayah yang dilaporkan, tambah polis.

Siasatan polis terhadap lelaki itu masih dijalankan.

Jika didapati bersalah kerana memberikan maklumat yang dia tahu adalah palsu kepada seorang pegawai awam, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.

"Polis menasihatkan orang ramai bahawa sumber-sumber polis seharusnya digunakan dengan lebih baik untuk membanteras jenayah dan menangani kecemasan sebenar daripada menyiasat aduan dan keterangan palsu," tegas pihak polis.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita