Skip to main content

Singapura

Polis siasat lelaki 40 tahun disyaki bunuh wanita di unit kondo Everitt Road

Polis sedang menyiasat seorang lelaki berusia 40 tahun disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang wanita berusia 43 tahun di Joo Chiat.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat lelaki 40 tahun disyaki bunuh wanita di unit kondo Everitt Road

Gambar fail: Hanidah Amin/CNA

Diterbitkan : 18 Sep 2025 08:53PM Dikemas Kini : 18 Sep 2025 08:54PM
SINGAPURA: Polis sedang menyiasat seorang lelaki berusia 40 tahun disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang wanita berusia 43 tahun di Joo Chiat.

Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di sebuah unit kediaman di Everitt Road pada kira-kira pukul 9.30 malam pada Isnin (15 Sep).

Mediacorp difahamkan bahawa unit perumahan itu adalah kondominium Lotus @ Joo Chiat.

"Sebaik sahaja polis tiba di tempat kejadian, seorang wanita berusia 43 tahun ditemui terbujur kaku dalam unit tersebut. Dia kemudian disahkan maut di tempat kejadian," menurut polis.

Polis menambah siasatan awal mendapati lelaki itu, yang dikenali wanita itu, meninggalkan Singapura sebelum panggilan meminta bantuan dibuat.

Siasatan terhadap kejadian itu masih dijalankan.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita