Skip to main content

Singapura

Polis siasat lebih 200 suspek penipu dan keldai wang; lebih S$7.6 juta hangus

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat lebih 200 suspek penipu dan keldai wang; lebih S$7.6 juta hangus
Seseorang menerima panggilan daripada pihak yang tidak dikenali. (Gambar: iStock)
Diterbitkan : 30 Jan 2026 03:22PM Dikemas Kini : 30 Jan 2026 03:24PM
SINGAPURA: Polis sedang menyiasat 217 orang yang disyaki menjadi penipu atau keldai wang dalam penipuan yang membawa kerugian melebihi S$7.67 juta.

Seramai 78 wanita dan 139 lelaki berusia antara 16 hingga 83 tahun dikenal pasti semasa operasi dua minggu yang dijalankan antara 16 Januari dan 29 Januari, menurut polis dalam kenyataan medianya pada Jumaat (30 Jan).

Mereka dipercayai terlibat dalam lebih 700 kes penipuan, termasuk penipuan e-dagang, penipuan penyamaran rakan, penipuan pekerjaan, penipuan penyamaran pegawai pemerintah, penipuan pelaburan dan penipuan sewa.

Polis sedang menyiasat suspek kerana dipercayai melakukan kesalahan menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.

Kesalahan menipu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Mereka yang sabit kesalahan pengubahan wang haram boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda sehingga S$500,000, atau kedua-duanya sekali.

Atas kesalahan memberi khidmat pembayaran tanpa lesen, pesalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga S$125,000, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Berkuat kuasa 30 Disember tahun lalu, penipu yang sabit kesalahan serta anggota atau mereka yang merekrut ahli sindiket penipuan akan dikenakan hukuman mandatori enam hingga 24 sebatan.

Polis memberi amaran bahawa sesiapa yang didapati terlibat dengan jenayah penipuan akan "dipertanggungjawabkan".
 
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita