Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat komen lempar telur ke Shanmugam di Facebook

Polis sedang menyiasat komen-komen yang dibuat secara online mengenai tindakan melempar telur ke Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Mar 2019 11:32AM Dikemas Kini : 26 Mar 2019 11:40PM

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat komen-komen yang dibuat secara online mengenai tindakan melempar telur ke Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam.

Laporan polis dibuat pada 19 Mac terhadap seorang netizen berusia 20 tahun, yang meninggalkan komen di satu catatan Facebook yang "menggambarkan dia mahu melempar telur" ke menteri itu, menurut polis kepada Mediacorp hari ini (26 Mac).

"Seorang netizen berusia 47 tahun kemudian juga menulis komen, memberikan maklumat mengenai sesi bertemu penduduk yang bakal diadakan Menteri itu," menurut polis lagi.

Kedua-dua lelaki sedang membantu polis dalam siasatan berhubung kesalahan menyebarkan rekod elektronik untuk menghasut keganasan di bawah Seksyen 267C Kanun Jenayah.

"Polis memandang serius ancaman seumpama itu dan akan menjalankan siasatan yang sewajarnya," menurut pihak berkuasa.

Kedua-dua lelaki berkenaan membuat komen-komen tersebut di laman Facebook Channel NewsAsia berhubung laporan tentang kenyataan senator Australia, Fraser Anning, menyusuli pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di Christchurch, New Zealand.

Dalam kenyataannya, Encik Anning menyalahkan penghijarahan orang Muslim sebagai punca serangan pengganas di New Zealand itu. Kenyataan senator itu dikutuk keras dunia, termasuk Encik Shanmugam yang menyifatkan komen beliau sebagai "jijik" dan "tidak boleh diterima".

Senator Australia itu turut mendapat perhatian selepas satu rakaman video menunjukkan seorang remaja melempar sebiji telur kepadanya menular. Video itu juga menunjukkan dia menumbuk remaja berkenaan, yang kini digelar sebagai 'Egg Boy'.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan