Polis siasat kes perbuatan nakal cetus kebakaran libatkan pelajar sekolah antarabangsa
Anggaran Waktu Membaca:
Kertas-kertas yang dibakar di Blok 157 Serangoon North Avenue 1. (Gambar: Henry Ng/Facebook)
SINGAPURA: Polis menyatakan pada Jumaat (17 Jun) pihaknya sedang menyiasat satu kes perbuatan nakal dan perbuatan nakal menyebabkan kebakaran yang dipercayai melibatkan pelajar Sekolah Antarabangsa Perancis.
Pihaknya juga dimaklumkan tentang kemungkinan berlaku satu pergaduhan pada 13 Jun sekitar pukul 3.15 petang di Blok 157 Serangoon North Avenue 1.
"Tiada kecederaan dilaporkan," menurut polis semasa menjawab pertanyaan media.
Pengguna Facebook Henry Ng dalam satu catatan berkata jirannya menghubungi polis selepas beberapa pelajar dilihat bergaduh di kolong blok.
Kumpulan pelajar itu dikatakan melarikan diri apabila polis tiba.
"Apabila anak perempuan saya turun ke bawah untuk bermain, dia memberitahu saya dia melihat pelajar Perancis membakar kertas di satu sudut, di mana mereka selalunya berada," tulis beliau.
Tambahnya, seorang pekerja pembersihan dari majlis bandaran datang untuk membersihkan kertas yang dibakar serta sampah. Encik Ng juga memuat naik gambar kertas yang terbakar di kolong blok tersebut.
"Merosakkan harta benda di kolong blok seolah-olah itu rumah mereka sendiri," tulis beliau, sambil menyifatkannya "kejadian yang berlaku setiap hari".
"Nampaknya selepas insiden bergaduh itu menjadi viral, mereka tidak takut dengan sekolah dan tidak peduli."
Pada 13 Mei, Encik Ng memuat naik satu video menunjukkan seorang pelajar yang dipercayai dari Sekolah Antarabangsa Perancis sedang bergaduh sambil memakai sarung tangan tinju di kolong blok yang sama, sambil berkata ia bukan kali pertama kejadian seperti itu berlaku.
Dalam kenyataannya kepada Mediacorp, Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) menyatakan ia sudah bertemu dengan wakil sekolah serta polis.
"Kami akan bekerjasama untuk menangani keprihatinan yang disuarakan penduduk," menurut AHTC.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.