Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat kes pengayuh basikal campakkan diri ke bonet kereta

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat kes pengayuh basikal campakkan diri ke bonet kereta

(Gambar: Facebook/Beh Chia Lor/Singapore Road)

Diterbitkan : 05 Jun 2023 01:49PM Dikemas Kini : 05 Jun 2023 01:51PM
SINGAPURA: Seorang pengayuh basikal wanita dirakam mencampakkan diri ke atas bonet sebuah kereta selepas dipercayai bergaduh dengan pemandu kereta itu di East Coast Road pada Jumaat (2 Jun).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis berkata pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di 112 East Coast Road pada sekitar 3.20 petang.

Polis sedang menyiasat kejadian itu sebagai kes tindakan terburu-buru.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut, tambahnya.

Video yang tular dalam kumpulan Facebook Beh Chia Lor pada Ahad menunjukkan seorang pengayuh basikal bertopi keledar biru dan berbaju kuning berdiri di depan sebuah kereta kelabu gelap.

Tidak jelas bagaimana kejadian itu bermula.

Kereta-kereta lain boleh didengar menekan hon masing-masing kerana insiden itu menghadang laluan tengah jalan raya tiga lorong itu.

Selepas bercakap di telefon, penunggang basikal itu dilihat melompat ke atas bonet kereta.

Kereta itu kemudiannya memecut ke arah i12 Katong Mall, dengan penunggang basikal itu berpaut pada bonet ketika melintasi satu simpang.

Polis menyatakan dua wanita berusia 31 dan 49 tahun sedang membantu siasatan.
 
Sumber : Today/AY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan