Skip to main content

Singapura

Polis siasat kes mayat lelaki ditemui terapung dekat Merlion Park

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat kes mayat lelaki ditemui terapung dekat Merlion Park
Diterbitkan : 07 Jan 2023 10:54PM
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang menjalankan siasatan selepas mayat seorang lelaki berusia 31 tahun ditemui terapung dekat Merlion Park pada Sabtu (7 Jan).

Menurut SPF, pihaknya menerima panggilan meminta bantuan pada sekitar 6.30 petang.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya juga menerima panggilan bagi bantuan menyelamat di 21 Esplanade Drive hampir pada masa yang sama.

"Sejurus selepas SCDF tiba, mayat tersebut dilihat terapung di kawasan berkenaan," menurut SCDF.

Tambah SCDF, pasukan penyelamatnya berjaya menarik keluar mayat tersebut daripada permukaan air.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik SCDF.

Polis menambah bahawa pihaknya tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat berdasarkan siasatan awal.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita