Skip to main content

Singapura

Polis siasat kes lelaki didakwa baling batu ke arah kereta di Simei

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat kes lelaki didakwa baling batu ke arah kereta di Simei

(Gambar: SG Road Vigilante/Facebook)

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang menyiasat kejadian, yang dirakam menerusi video, melibatkan seorang lelaki berdiri di pinggir jalan di Simei dan didakwa membaling batu ke arah kenderaan yang melalui kawasan berkenaan.

Video yang dimuat naik di laman Facebook SG Road Vigilante pada petang Selasa (13 Dis), telah dikongsi secara meluas di media sosial.

Video 37 saat itu menunjukkan seorang lelaki membaling batu ke arah kenderaan yang sedang lalu di situ.

Lelaki itu kelihatannya berdiri di tepi jalan di Simei Avenue antara Simei Street 3 dan jalan susur ke Ekspreswe PIE.

Dia memakai singlet hitam dan seluar pendek dan kelihatan seperti dalam separuh umur.

Lelaki berkenaan boleh dilihat di tepi jalan sambil memegang beberapa objek di tangannya namun tidak jelas apa yang dipegangnya.

Klip yang sudah ditonton lebih 2,000 kali itu, menunjukkan lelaki itu menghayun lengan kirinya ke belakang dan membuat gerakan membaling sesuatu ke arah kenderaan yang lalu di sepanjang jalan.

Ini berlaku sekurang-kurangnya dua kali.

Menjelang penghujung klip video itu, dia membelok ke kanan dan mula berjalan di tempat pejalan kaki.

Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Selasa, polis mengesahkan bahawa laporan telah dibuat dan mereka sedang menyiasat kejadian itu.
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita