Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat kes budak lelaki 11 tahun dilanggar kereta semasa lintas jalan

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat kes budak lelaki 11 tahun dilanggar kereta semasa lintas jalan

Tangkapan skrin video kemalangan di simpang Teck Whye Crescent dan Teck Whye Avenue. (Gambar: SG Road Vigilante/Facebook)

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat kemalangan yang melibatkan sebuah kereta melanggar budak lelaki 11 tahun di simpang Teck Whye Crescent dan Teck Whye Avenue.

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan pada 4.24 petang Selasa (20 Sep) tentang kemalangan itu dan budak berkenaan berada dalam keadaan sedar diri semasa dibawa ke hospital.

Seorang wanita, 53 tahun sedang membantu dalam siasatan tersebut, tambah polis.

Dalam satu video yang dimuat naik ke Facebook SG Road Vigilante, seorang budak lelaki memakai seragam sekolah berwarna hijau, dilihat dilanggar dari sebelah kirinya oleh sebuah kereta putih semasa dia menyeberang jalan. Budak itu kemudian terjatuh di depan kereta tersebut.

Pemandunya, seorang wanita boleh dilihat menghentikan keretanya dan keluar untuk memeriksa keadaan budak tersebut.

Pemandu tersebut sedang membelok ke kanan ketika kemalangan itu berlaku.

Pada 2019, Anggota Parlimen menggesa supaya membelok kanan sekalipun jika anak panah hijau tidak bernyala ditiadakan selepas dua kemalangan maut berlaku di simpang Commonwealth Avenue West dan Clementi Road, serta Upper Bukit Timah Road dan Jalan Anak Bukit.

Sejak kebelakangan ini, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) secara beransur-ansur memperkenalkan lampu isyarat merah-kuning-hijau di tempat-tempat yang menimbulkan bahaya.
Sumber : Today/HY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan